DALAM memperagakan pelbagai pilihan model MG di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, SAIC Motor Malaysia (SAIC Motor) turut mengambil peluang untuk menjalankan satu tinjauan pasaran terhadap model-model seperti MG4 EV, MG7, dan MG ZS HEV.
Walaupun salah satu daripada tiga model itu merupakan model konsep, namun ia sedikit sebanyak menunjukkan komitmen MG dalam melihat perkembangan dan permintaan pasaran yang ada di Malaysia.
Jadi, ia akan menjanjikan hala tuju jualan yang baik, di samping memastikan produk yang dilancarkan kekal berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna tempatan.
Ketiga-tiga model ini juga merangkumi pelbagai jenis kelas kenderaan seperti kereta sedan, kenderaan uliti sukan (SUV), kenderaan elektrik (EV), dan hibrid elektrik (HEV).
Berikut perincian untuk tiga model daripada MG:
MG4 EV (Kereta Konsep)
- Bateri berkapasiti 64kWj
- Jarak perjalanan mampu mencapai 435km (WLTP)
- Pengecasan outlet Type 2 dengan CCS COMBO.
- Mampu menghasilkan 203PS dan 250Nm.
- Pengecasan AC (7kW) 0-80%: 8.5 jam, manakala pengecasan DC (150kW) 0-80%: 26 minit.
- Sistem pacuan roda belakang (RWD).
- Kelajuan 0-100kmj hanya mengambil masa 7.7 saat.
- Dimensi keseluruhan: panjang 4,287mm, lebar 1,836mm, tinggi 1,504mm, dan 2,705mm.
- Menggunakan livery British edisi konsep.
- Pemijak pintu edisi konsep.
- Bampar depan edisi konsep.
- Visor pintu edisi konsep.
- Spoiler aero berkembar.
- Lampu depan LED.
- Rim aloi 18 inci.
- Kerusi kulit edisi konsep.
- 4 pilihan mod memandu: Standard, Sport, ECO, Custom.
- Panel meter pemandu 7 inci.
- Skrin infotainmen 10.25 inci.
- Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Kerusi belakang kulit gaya hitam dan boleh lipat 60:40.
MG7
- Dikuasakan enjin 2.0L turbo dengan transmisi automatik 9-kelajuan.
- Mampu menghasilkan 261PS dan 405Nm.
- Dimensi Keseluruhan: panjang 4,884mm, lebar 1,889mm, tinggi 1,447mm, dan jarak roda 2,778mm.
- Menggunakan rekabentuk fastback coupe.
- Spoiler elektrik adaptif.
- Pintu tanpa bingkai (frameless).
- Rim aloi 19 inci.
- Sistem ekzos sport.
- Lampu depan LED.
- Kaliper brek berwarna merah.
- Panaromik sunroof.
- Skrin infotainmen 12.3 inci.
- Sistem audio daripada BOSE.
- Pengecasan wayarles.
- Menggunakan stereng sport dengan padel shifter.
- Kerusi kulit bucket.
- Kerusi pemandu boleh laras 6-arah, manakala kerusi penumpang depan 4-arah.
- Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Dilengkapi kamera 360' dengan sensor.
MG ZS HEV
- Dikuasakan enjin 1.5L DOHC 16 valve DVVT dengan transmisi hibrid 3-kelajuan.
- Mampu mencapai output gabungan 197PS dan 465Nm.
- Dimensi Keseluruhan: panjang 4,430mm, lebar 1,818mm, tinggi 1,635mm, dan jarak roda 2,610mm.
- Rekabentuk depan yang dinamik.
- Lampu utama bentuk tajam bersambung dengan lampu nyalaan siang (DRL).
- Gril buka-luas.
- Spoiler yang minimal.
- Rim aloi Sabre 18 inci.
- 3 mod penjanaan semula tenaga.
- Panel meter digital 7 inci.
- Skrin infotainmen 12.3 inci.
- Pengecas wayarles.
- Kulit upholisteri.
- Kerusi pemandu boleh larah 6-arah.
- Kerusi belakang boleh lipat 60:40.
- Sistem audio 6-pembesar suara.
- Konektiviti Apple CarPlay, Android Auto, dan MG iSMART.
- Kamera 360' dengan sensor.
MG4 EV
MG7
MG ZS HEV
Leave a Reply