• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #KLIMS2024: Roadster EV, MG Cyberster 2025 Umum Harga Pasaran Malaysia, RM319.9k!

#KLIMS2024: Roadster EV, MG Cyberster 2025 Umum Harga Pasaran Malaysia, RM319.9k!

December 5, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SAIC Motor Malaysia (SAIC Malaysia) mengumumkan harga roadster elektrik, MG Cyberster 2025 untuk pasaran Malaysia, iaitu RM319,900 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang kini sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur hingga 15 Disember ini.

Berikut fakta mengenai MG Cyberster 2025:

  • Bukaan pintu jenis gunting (scissors door) dengan cermin tanpa bingkai.
  • Dijana dwi-motor elektrik pacuan semua roda (AWD) dengan output kuasa 496hp dan tork 725Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat, manakala kelajuan maksimum hingga 200kmj
  • Pek bateri 77kWj menawarkan jarak perjalanan sejauh 446km.mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Bumbung lembut (soft-top) boleh buka tutup menggunakan butang dari dalam kabin.
  • Rim aloi 20 inci dengan kaliper brek merah.
  • Menyokong pengecasan pantas (DC) 150kW yang mengambil masa mengecas 10-80 peratus sepantas 38 minit.
  • Pengecasan standard (AC) 7kW mengambil masa 10 jam untuk mengecas penuh.
  • Terdapat dalam warna  Dynamic Red (merah), Camden Grey (kelabu), Inca Yellow (kuning), dan English White (putih)
  • Material kerusi daripada Alcantara, manakala stereng menggunakan kemasan kulit Nappa.
  • Unit infotainment skrin sentuh 7 inci, dan kluster instrumen 10.25 inci  serta ada dua skrin auksiliari 7 inci dengan lapan pembesar suara premium Bose.
  • Dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) MG Pilot yang terdiri daripada ciri seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Pengesan Titik Buta (BSD).

Setiap pembelian MG Cyberster 2025 dipakejkan dengan:

  • Waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000km
  • Waranti lapan tahun atau 180,000km untuk pek bateri
  • Waranti lapan tahun atau 160,000km untuk unit kawalan motor (MCU) dan motor pacuan
  • Pengecasan tanpa had dengan JomCharge dan fungsi caj auto
  • Pengecas dinding 7kW

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), MG Cyberster 2025, MG Malaysia, Pameran Antarabangsa Mobiliti Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Roadster Elektrik, Roadster EV, Roda4, SAIC Malaysia, SAIC Motor Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my