• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Infiniti G35 Coupe Sentuhan Hiroyoshi Kato, Kembar Skyline dengan BMW 3 Series Jadi Penanda Aras

#RetroAuto: Infiniti G35 Coupe Sentuhan Hiroyoshi Kato, Kembar Skyline dengan BMW 3 Series Jadi Penanda Aras

December 5, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BEBERAPA tahun dulu Infiniti sebagai jenama mewah Nissan dibawa masuk ke pasaran tempatan. Modelnya menarik, dari kereta sedan, coupé hingga kenderaan utiliti sukan (SUV).

Infiniti kini menyambut ulang tahun ke-35 atau secara rasmi pada 8 November tahun ini. Antara coupé yang dibawa masuk ialah Q60 dan bertahun sebelum itu Infiniti ada siri G coupé.

Model ini tidaklah terlalu asing sebenarnya dan versi kembar kepada Nissan Skyline V35 (generasi ke-11) yang ada dibawa masuk pengimport bebas. Menariknya, anda juga boleh mendapatkan model versi 4-pintu.

Versi Infiniti dikenali sebagai G35 yang mula dikeluarkan pada 2003 dan ada kisah menarik di sebaliknya, termasuk menjadikan BMW 3 Series sebagai penanda aras.

Pemandu utama (master driver), Hiroyoshi Kato mula berkhidmat bersama Nissan Motor Corporation pada 1976 dan meluangkan waktu kerjaya dalam hampir setiap model Nissan dan Infiniti sejak itu.

Sentuhan dan input daripada kakitangan beliau menjadi ciri utama kepada pengalaman pemanduan Infiniti G35. Model ini dibangunkan berasaskan platform daripada pembelajaran litar lumba, terutama program Nissan dalam perlumbaan enduran Le Mans dan perlumbaan Group C.

Platform Front Midship atau FM itu menempatkan enjin 3.5L V6 (VQ35DE) di belakang gandar depan untuk keseimbangan depan dan belakang serta prestasi. Nisbah diperoleh, 52:48 membantu pengendalian dan kestabilan. Berbanding nisbah 50:50, kakitangan kejuruteraan Nissan mahukan lebih berat pada roda depan.

Menurut Kato, Infiniti memilih BMW 3 Series sebagai penanda aras ketika pembangunan Infiniti G35. Kedua-dua BMW 3 Series spesifikasi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun dibawa ke medan ujian di Tochigi. Tanda aras begini adalah perkara biasa dalam pembangunan sesebuah model. Berbanding menyaingi fiil pemandu yang ditawarkan pesaing, pasukan jurutera Infiniti mahukan sesuatu berbeza untuk G coupé.

Infiniti G35 Coupe.04
Infiniti G35 Coupe.05

Menurut Kato lagi, jurutera Infiniti menetapkan sasaran memberikan pengendalian lincah dengan respons mengejutkan, dan mahu mencipta perasaan 'wow' buat pemandu. Kunci kepada sasaran tersebut adalah memastikan respons stereng secara langsung dan pantas serta pengesanan haluan selain pecutan kurang mendatar, sebaliknya lebih agresif.

Dalam tempoh tarikh pelancaran semakin hampir, pasukan kejuruteraan rasa bimbang sama ada fiil stereng terlalu agresif atau terlalu langsung untuk cita rasa pembeli coupé mewah.

Kerisauan itu diredakan selepas melihat reaksi pelanggan dan media. Inifiniti G35 dipasang di kilang Infiniti di Tochigi, Jepun dan terletak di medan ujian Nissan yang dibuka pada 1973, atau tiga tahun sebelum Kato berkhidmat bersama Nissan. Medan itu mempunyai jarak sekitar 6.5km dan memiliki permukaan dan keadaan yang menyamai pelbagai jalan raya serata dunia.

Kongsi Kato lagi, ketika kemuncak pembangunan Inifiniti G35, beliau secara purata menghabiskan 100 pusingan di litar setiap hari. Ini bermakna, setiap minggu beliau menghabiskan kira-kira 3,250km sama ada dalam kenderaan pembangunan G35 atau produk penilaian daripada pesaing dan pada halaju hingga 200kmj di litar kelajuan tinggi.

Dalam tempoh penawaran di pasaran, model dipertingkat dilengkapi sistem pembelokan belakang aktif. Beliau juga berkongsi mengenai kerumitan dalam menala teknologi itu kerana bergantung kepada peranti kawalan elektronik yang kurang canggih berbanding hari ini.

Sistem pembelokan itu meningkatkan prestasi pengendalian dengan melaras geometri suspensi belakang mengikut input stereng dan kelajuan kenderaan. Sistem menggunakan unit kawalan elektronik (ECU) dalam membuat kiraan dinamik kenderaan yang diperlukan berdasarkan kelajuan dan sensor darjah stereng dan motor kawalan melaras geometri belakang.

Menurutnya, banyak usaha dilakukan bagi memastikan sistem ini natural dan membantu pemandu berbanding mengambil tugasnya. Bagi beliau, cabaran terbesar adalah mengekalkan rasa lincah melebihi aturan komputer.

Infiniti G35 Coupe.01
Infiniti G35 Coupe.02
Infiniti G35 Coupe.03
Infiniti G35 Coupe.04
Infiniti G35 Coupe.05
Infiniti G35 Coupe.06
Infiniti G35 Coupe.07
Infiniti G35 Coupe.08
Infiniti G35 Coupe.09
Infiniti G35 Coupe.10
Infiniti G35 Coupe.11
Infiniti G35 Coupe.12
Infiniti G35 Coupe.157
Infiniti G35 Coupe.155
INFINITI Heritage
INFINITI Heritage
Infiniti G35 Coupe.14
Infiniti G35 Coupe.15
INFINITI Heritage
INFINITI Heritage
Infiniti G35 Coupe.17
Infiniti G35 Coupe.18
Infiniti G35 Coupe.19
Hiroyoshi Kato .01
Hiroyoshi Kato .02
Hiroyoshi Kato .03
Hiroyoshi Kato.01
Hiroyoshi Kato.02
Hiroyoshi Kato.03
Hiroyoshi Kato.04
Hiroyoshi Kato.05
INFINITI 35th Anniversary.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Hiroyoshi Kato, Infiniti, Infiniti G35, Infiniti G35 Coupe, Retro Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev