• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #KLIMS2024: Keadaan Terkini Proton S70 R3 Selepas Berjaya Jadi 'Top 5' Perlumbaan S1K

#KLIMS2024: Keadaan Terkini Proton S70 R3 Selepas Berjaya Jadi 'Top 5' Perlumbaan S1K

December 5, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS tamat perlumbaan Sepang 1000km (S1K) pada 23 November lalu, Proton R3 kini mempamerkan keadaan terkini kereta lumba Proton S70 R3 di Pameran Antarabangsa Mobiliti Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Difahamkan kereta tersebut merupakan kereta bernombor #82 yang dipandu dua pelumba muda iaitu Alister Yoong dan Ariff Azmi yang berjaya meraih tempat kelima secara keseluruhan dalam perlumbaan S1K.

Malah, kereta lumba ini juga dibawa secara langsung dari Sepang dan tidak dibasuh serta bahagian-bahagian rosak juga tidak dibaiki sama sekali.

Berikut perincian keadaan terkini Proton S70 R3 #82:

  • Bahagian bampar dan but depan mengalami calar akibat batu-batu kecil dalam litar.
  • Bampar belakang sebelah kiri juga pecah mungkin akibat pelanggaran.
  • Bahagian pintu pemandu juga remuk dan calar yang mungkin disebabkan pelanggaran.
  • Cermin depan juga mempunyai calar dan pecahan kecil.
  • Bunga Talar belakang agak sedikit haus.

Sebelum ini, Proton R3 mengumumkan bahawa acara itu akan melibatkan dua kereta S70 R3 dengan nombor kereta #81 dan #82. Bagaimanapun, kereta #81 yang dipandu Syafiq Ali dan Fahrizal Hasan, terpaksa menarik diri akibat kemalangan awal dalam perlumbaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Pameran Antarabangsa Mobiliti Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Proton, Proton R3, Proton S70, Proton S70 R3, Sepang 1000KM (S1K)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my