• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #KLIMS2024: Apa Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Camry 2.5 HEV Berharga RM248.8k!

#KLIMS2024: Apa Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Camry 2.5 HEV Berharga RM248.8k!

December 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) memperbaharui saingan dalam segmen sedan D menerusi pelancaran model Camry 2.5 HEV serba baharu ke pasaran tempatan.

Toyota Camry 2.5 HEV yang ditawarkan pada harga asas jualan bermula serendah RM248,800 dilihat sebagai satu tawaran yang cukup menarik memandangkan model itu adalah versi hibrid (elektrik-petrol) berbanding Camry 2.5V versi dipertingkat sebelum ini.

Model Camry 2.5 HEV itu pernah dipertonton di Singapura pada Ogos lalu dan dilancarkan di Thailand pada 10 Oktober lalu. Model yang dilancarkan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 diimport dari Thailand (CBU).

Berikut ialah perinciannya:

WARNA

  • Ada enam warna pilihan iaitu Platinum White Pearl Mica (putih), Cement Gray Metallic (kelabu), Emotional Red 2 (merah), Precious Metal (kelabu gelap), Attitude Black Mica (hitam) dan Dark Blue Mica (biru gelap).

LUARAN

  • Wajah bahagian hadapan dan belakang kini kelihatan lebih kemas, eksklusif dan anggun. Camry nampaknya meneruskan gaya rekaan mirip Prius terbaharu dan Crown.
  • Pembaharuan luaran bukan sekadar kemas kini kosmetik tetapi juga menambah baik aspek aerodinamik Camry 2.5 HEV.
    Lampu utama LED dengan lampu siang berbentuk seakan huruf C. Lampu belakang juga mengaplikasi konsep sama khususnya lampu brek.
  • Gril depan memaparkan jalur atau bar melintang yang diintegrasi pada corak berlian di kiri dan kanan.
  • Bampar depan ada dua bolong salur keluar angin ke roda depan untuk meningkatkan aerodinamik sedan jenama Jepun itu.
  • Rim aloi 18 inci lebih menarik berbanding Camry versi dipertingkat sebelum ini. Tayar digunakan ialah Bridgestone Turanza 235/45R.
  • Penutup but belakang juga baharu yang membantu menjadikan sedan itu nampak lebih lebar dari arah belakang.
  • Bumbung panoramik dua seksyen dan panel kaca hadapan boleh dibuka, dilengkapi penghadang menepis angin untuk mengurangkan kesan bunyi angin.
  • Dimensi Camry 2.5 HEV ada pertambahan ukuran panjang 35mm iaitu 30mm di hadapan dan 5mm di belakang.

DALAMAN

  • Stereng rekaan baharu membantu meningkatkan grip tangan pemandu untuk semua jenis pemanduan.
  • Keselesaan stereng ditingkatkan dengan balutan material kulit tekstur lembut.
  • Instrumen panel TFT berwarna baharu dengan panel bersaiz 12.3 inci menerima peningkatkan paparan resolusi lebih tinggi.
  • Skrin paparan pelbagai maklumat (MID) dikekalkan. Paparan kombinasi meter juga baharu.
  • Pemandu ada tiga pilihan paparan sama ada tiada meter, satu meter atau dua meter. Penukaran boleh dibuat dengan menekan butang pada stereng.
  • Paparan animasi dan warna pada skrin tertakluk kepada pilihan jenis mod pemanduan.
  • Skrin infotainmen boleh disambung dengan Android Auto menggunakan kabel dan Apple CarPlay tanpa wayar.
  • Camry baharu ada paparan dongak, memancarkan semua maklumat penting supaya mata pemandu kekal fokus ke hadapan.
  • Pemandu juga boleh memilih jenis paparan dongak. Ada tiga pilihan disediakan untuk paparan maklumat asas dari kelajuan hingga infomasi lebih terperinci, misalnya peringatan had laju jalan menerusi imbasan kamera Toyota Safety Sense (TSS).
  • Stereng boleh dilaras atas-bawah dan dekat-jauh menggunakan tombol pada kolum stereng.
  • Kerusi pemandu boleh laras 8-tahap dan 2 kedudukan lumbar menggunakan kuasa elektrik. Kerusi akan bergerak ke belakang semasa pemandu masuk atau keluar dari kabin.
  • Sebaik duduk, kerusi pemandu akan kembali ke kedudukan asal. Ada dua tetapan posisi disediakan menerusi pilihan memori simpanan.
  • Sistem audio JBL Premium dengan sembilan pembesar suara termasuk subwoofer dipasang di keliling kabin.
  • Boleh menggunakan arahan suara melalui Voice Agent dengan menyebut Hey Toyota atau OK Toyota.
  • Kerusi penumpang belakang juga boleh sendeng 8º menggunakan butang kuasa elektrik.
  • Butang ditempatkan pada perehat tangan tengah yang juga boleh digunakan untuk kawalan penyaman udara, penghadang cahaya kiri dan kanan tingkap serta sistem audio.
  • Camry 2.5 HEV menggunakan kawalan iklim tiga-zon membabitkan pemandu, penumpang depan dan penumpang belakang.
  • Menggunakan brek parkir elektronik, pad pengecas tanpa wayar 15W, tiga soket USB Type-C (satu untuk pemindahan data), soket 12V serta dua soket USB Type C untuk penumpang belakang.

TRENKUASA

  • Camry 2.5 HEV dipacu sistem hibrid elektrik generasi kelima Toyota membabitkan enjin petrol 4-silinder sebaris 2.5 liter Dynamic Force (NA) dan motor elektrik. Pek bateri jenis litium ion digunakan.
  • Ada tiga mod pemanduan iaitu ECO, Normal dan Sport. Tambahan lain ialah mod EV yang menggerakan sedan itu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.
  • Camry menggunakan kotak gear e-CVT yang bersambung kepada motor elektrik untuk pergerakan lancar, responsif dan lebih senyap. Ada juga paddle shifter disediakan.
  • Output kuasa enjin ialah 138kw (188PS) pada 6,000rpm dan tork 221Nm antara 3,600 hingga 5,200rpm.
  • Motor elektrik pula menjana kuasa 100kW (136PS) dan tork 208Nm. Kombinasi output kuasa ialah 169kW (230PS).
  • Kelajuan maksimum Camry 2.5 HEV dikatakan 180kmj dengan pecutan dari titik pegun ke 100kmj mengambil masa 7.2 saat.

DIMENSI

  • Panjang 4,920mm, lebar 1,840mm, tinggi 1,445mm. Jarak roda 2,825mm dan jarak bumi 135mm.
  • Tangki minyak 50 liter dan berat kasar 1,45kg.

KESELAMATAN

  • Amaran Pra-Perlanggaran
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik
  • Amaran Keluar Lorong
  • Bantuan Jejak Lorong
  • Lampu Tinggi Automatik
  • Bantuan Papan Tanda Jalan
  • 7 beg udara SRS
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Kawalan Daki Bukit
  • Monitor Pandangan Panoramik
  • Amaran Bunyi Pemanduan Kelajuan Rendah
  • Monitor Titik Buta
  • Signal Berhenti Kecemasan
  • ISOFIX
  • Bantuan Keluar Selamat
  • Sistem Pemantuan Tekanan Angin Tayar
  • Sistem Telematik Kenderaan
Toyota Camry 2.5 HEV - 1
Toyota Camry 2.5 HEV - 4
Toyota Camry 2.5 HEV - 8
Toyota Camry 2.5 HEV - 2
Toyota Camry 2.5 HEV - 15
Toyota Camry 2.5 HEV - 16
Toyota Camry 2.5 HEV - 35
Toyota Camry 2.5 HEV - 36
Toyota Camry 2.5 HEV - 37
Toyota Camry 2.5 HEV - 22
Toyota Camry 2.5 HEV - 17
Toyota Camry 2.5 HEV - 29
Toyota Camry 2.5 HEV - 19
Toyota Camry 2.5 HEV - 18
Toyota Camry 2.5 HEV - 30
Toyota Camry 2.5 HEV - 21
Toyota Camry 2.5 HEV - 34
Toyota Camry 2.5 HEV - 33
Toyota Camry 2.5 HEV - 32
Toyota Camry 2.5 HEV - 31
Toyota Camry 2.5 HEV - 27
Toyota Camry 2.5 HEV - 26
Toyota Camry 2.5 HEV - 23
Toyota Camry 2.5 HEV - 24

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, KLIMS 2024, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, roda2, Toyota Camry 2.5 HEV (2025), UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev