• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #KLIMS2024: Proton Tayang Sedan S70 Concept

#KLIMS2024: Proton Tayang Sedan S70 Concept

December 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON menyusun beberapa produk menarik untuk tontonan pengunjung di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang akan berlangsung sehingga 11 Disember ini.

Antaranya ialah model S70 Concept berwarna kuning yang ditempatkan di sebelah jentera lumba sebenar S70 R3 yang menamatkan perlumbaan Sepang 1000km (S1K) di tempat kelima.

Sedan Proton S70 Concept menerima balutan serba kuning metalik pada badan dengan dua jalur gaya perlumbaan dari bahagian tengah hud depan dan but belakang.

Bumbung kereta konsep itu berwarna hitam, begitu juga perumah cermin sisi. Proton juga menjadikan S70 Concept tampak lebih ‘garang’ dengan menggelapkan gril depan, lampu depan, pelekat filem cermin lebih gelap dan spoiler belakang.

Aplikasi warna hitam turut dikenakan pada skirt bawah bampar depan, skirt sisi dan peresap belakang. Rim aloi nampak lebih besar, 18 inci juga dengan warna hitam kilat dengan tayar Bridgestone Potenza RE004 Adrenalin.

Kaliper brek pula berwarna kuning. Lencana teks PROTON di belakang masih berwarna krom. Ketinggian Proton S70 Concept nampaknya direndahkan melalui sistem suspensi. Tiada maklumat dikongsi mengenai enjinnya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bridgestone Potenza RE004 Adrenalin, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Proton S70 Concept, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my