• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton Iriz 2017 'Refinement' Masuk Pasaran - Harga Bermula RM43,800 Hingga RM58,800

Proton Iriz 2017 'Refinement' Masuk Pasaran - Harga Bermula RM43,800 Hingga RM58,800

June 6, 2017 By Abang GYL 1 Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PROTON Iriz versi diperhalusi (refinement) yang bukan saja menampilkan pembaharuan luaran dan dalaman, tetapi turut diberikan penambahbaikan dari segi pengendalian kini sudah berada di kesemua bilik pamerannya.

Dengan mengambil kira usia Iriz yang bakal menjengah tiga tahun pada September tahun ini, pengenalan model dipertingkat itu boleh dianggap sebagai keputusan tepat Proton dalam usaha mengekalkan kesegaran model subkompak hatchback itu di pasaran tempatan.

Malah, pelancaran Iriz 2017 ini membuktikan komitmen Proton terhadap maklum balas pengguna dan tinjauan pelanggan mengenai beberapa isu berhubung masalah NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran). Malah, Proton turut menambah baik aspek pengendalian. Hasilnya Proton Iriz 2017 ini lebih senyap dan responsif!

BACA >>> Proton Iriz R5 Siap Sedia 'Terbang' Di Perlumbaan Rali Dunia Tahun Depan

HARGA

  • Proton Iriz 2017 1.3L Standard MT - RM43,800
  • Proton Iriz 2017 1.3L Standard CVT - RM46,800
  • Proton Iriz 2017 1.3L Executive CVT - RM50,800
  • Proton Iriz 2017 1.3L Premium CVT - RM58,800

5 WARNA PILIHAN

  1. Ruby Red (merah - warna baharu)
  2. Carnelian Brown (cokelat - warna baharu)
  3. Graphite Grey (kelabu)
  4. Atlantic Blue (biru)
  5. Cotton White (putih)
Proton Iriz

APA YANG BAHARU?

Proton Iriz 2017 menampilkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dari segi luaran dalam aspek kemasan eksterior dan interior, manakala 'dalaman' merujuk kepada perubahan yang tidak nampak. Senarai perubahan boleh dilihat di bawah:

  • Skirt tepi 2 tona
  • Bumbung hitam (1.6 Premium)
  • Lambang krom baharu
  • Gril hitam
  • Warna baharu - cokelat
  • Fabrik baharu & rekaan kerusi kulit
  • Indikator Eco
  • Warna kemasan dalaman baharu
  • Sistem infotainment dengan SmartLink (1.6 Premium)
  • Tambahan sistem penggera PKE (1.3L Executive)

DALAMAN

  • NVH lebih senyap
  • Cagakan (mounting) 3-poin
  • Penebat bising
  • Keselesaan kabin
  • Pengendalian ditambah baik
  • Pemetaan semula (re-map) unit kawalan elektronik (ECU) dan unit kawalan transmisi (TCU).

BACA >>> Proton 'Naik Gila', Dulu Servis RM1,137, Sekarang Hanya RM574

Aspek paling kritikal sudah tentu perihal 'dalaman' berikutan aduan pengguna mengenai ngauman transmisi variabel berterusan (CVT) yang agak kuat, termasuk tahap NVH dalam kabin yang kurang baik.

Jadi, antara pakej NVH yang diperhalusi ke atas Proton Iriz 2017 adalah menggunakan material berkualiti sebagai penebat dan peredam bising dari luaran dan dalam enjin. Proton turut meningkatkan tahap kesenyapan dalam kabin supaya setanding dengan pesaing sama kelas.

Keselesaan kabin Proton Iriz 2017 pula dipertingkatkan menerusi pengurangan jumlah cagakan kepada 3-poin yang mengurangkan kebisingan dan getaran daripada enjin, iaitu ~5 desibel lebih senyap daripada Iriz sedia ada. Proton turut menambah baik kualiti pengendalian supaya pemanduan jadi lebih menyeronokkan dengan meningkatkan kuasa pecutan dan respon pedal.

Berminat? Pandu uji di semua bilik pameran Proton dan pastikan terus membuat tempahan sebelum terlambat!

BACA >>> Adakah Ini SUV Pertama Keluaran Proton? Jika Ya, Mesti Laku Keras!

GALERI

proton iriz 2017
proton iriz 2017
proton iriz 2017
Proton Iriz

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: harga iriz 2017, harga proton iriz 2017, iriz kompak, proton iriz 2017, proton iriz 2017 malaysia, proton iriz facelift, Proton Iriz Refinement

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my