• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pro-Net, EVC Tawar Pemasangan Kemudahan Pengecas AC di Kondominium

Pro-Net, EVC Tawar Pemasangan Kemudahan Pengecas AC di Kondominium

December 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PRO-NET dan EV Connection (EVC) menjalin kerjasama menjayakan program infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di bangunan kondominium pada caj pengecasan kompetitif.

EVC ialah syarikat operator untuk rangkaian pengecasan JomCharge, manakala Pro-Net adalah subsidiari Proton yang menguruskan semua aspek kenderaan EV jenama smart, termasuk siri Proton e.MAS.

APA MANFAAT PROGRAM PRO-NET DAN EVC?

Logo Pro-Net
  • EVC akan memperuntuk dana untuk pemasangan pengecas EV di 100 kondominium tanpa kemudahan pengecasan EV setakat ini.
  • Pro-Net dan EVC akan bekerjasama memastikan kadar pengecasan kompetitif di sekitar 70 kondominium yang sudah menjadi sebahagian rangkaian JomCharge.

  • Pro-Net dan EVC mengendalikan pembekalan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan pengecas dinding rumah untuk pemilik EV smart dengan lebih 400 pemasangan sudah diselesaikan setakat ini.
  • JomCharge sudah disepadu ke dalam rangkaian pengecasan Pro-Net dengan menawarkan hampir 600 pusat pengecasan dan menyediakan 2,000 sesi pengecasan sejak pelancaran model smart.

MATLAMAT INFRASTRUKTUR PRO-NET DAN EVC

Antara matlamat infrastruktur Pro-Net dan EVC adalah:

  • Ketersediaan pengecas EV di bangunan kediaman jenis bertingkat
  • Kadar pengecasan EV mampu milik di Malaysia

Matlamat pertama selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk memperkukuh infrastruktur pengecasan EV di Malaysia untuk mencapai sasaran 10,000 pusat pengecasan menjelang 2025. Matlamat kedua bersandarkan statistik kira-kira 70 peratus penduduk Lembah Klang tinggal di bangunan jenis bertingkat.

CARA MOHON KEMUDAHAN PENGECAS

  • Penduduk kondominium tanpa kemudahan pengecasan EV boleh menghantar hasrat pemasangan pengecas EV percuma ini melalui laman web EVC, dan  semakan akan dibuat EVC dan Pro-Net.
  • Pemohon berjaya akan layak terima pakej percuma yang merangkumi pengecas EV, kerja pemasangan infrastruktur, kos penyesuaian, sistem pengurusan pengecas dan integrasi ke dalam rangkaian JomCharge.
  • Kondominium berkenaan layak berkongsi keuntungan atau hasil melalui program tersebut. Kadar pengecasan ditetapkan pada harga kompetitif iaitu RM0.70 per kWh.

KADAR PENGECASAN AC

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV) Tagged With: autoterkini, EV Connection (EVC), kemudahan pengecas AC, Proton e-MAS, Proton New Energy Technology (Pro-Net), SMART

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my