SEKALI imbas tampak seakan Honda Africa Twin. Rupa-rupanya ia adalah Honda CRF 250L dan Honda CRF 250 Rally, model touring yang membuat previu khas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.
Menurut Boon Siew Honda, kedua-dua model berkenaan dijangka bakal diperkenalkan secara rasmi pada Julai atau Ogos depan.
ANGGARAN HARGA
- Honda CRF 250L - RM23,000
- Honda CRF 250 Rally - RM27,000
APA BEZA HONDA CRF 250L & CRF 250L RALLY
Dari aspek rekabentuk, kedua-dua model ini tampak hampir sama. Cuma Honda CRF 250L Rally menampilkan rekaan lebih agresif.
Berbeza dengan Honda CRF 250L, penampilan CRF 250L Rally tampak lebih garang dan berotot seakan sudah bersiap sedia bertempur di medan rali. Antaranya kehadiran penghadang angin, cover enjin dan penghadang lumpur.
BACA >>> Honda Africa Twin Cipta Rekod - Daki Puncak Gunung Berapi Setinggi 5,965 Meter!
ENJIN 250CC
Model yang membuat penampilan sulung di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2016 itu menala semula sistem suntikan bahan api PGM-FI, badan terotel, kotak udara dan ekzos menjadikan enjin lebih berkuasa dan tork beroperasi pada putaran rendah.
Hasilnya, Honda CRF 250L Rally dan CRF 250L mampu menjana kuasa 24.4hp pada 8,500rpm dan tork 22.4Nm (6,250rpm) dengan transmisi 6-kelajuan. Lebih menarik, ia masih mempertaruhkan frem keluli dan suspensi Showa dengan travel.
Bagaimana, menarik bukan Honda CRF 250L dan CRF 250L Rally?
BACA >>> BMW G 310 GS Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Harga Bawah RM35,000?
Leave a Reply