• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Myvi Kuning Tiba-Tiba Terbalik di TBS

Video Myvi Kuning Tiba-Tiba Terbalik di TBS

November 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR satu klip video papan pemuka (dashcam) insiden kemalangan membabitkan dua kereta subkompak jenis Perodua Myvi berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Video 48 saat itu menunjukkan Perodua Myvi generasi ketiga berwarna merah berada di satu simpang untuk keluar sebelum sebuah lagi Myvi (kuning) tiba-tiba hilang kawalan, 'berguling' dan melanggar bahu jalan serta terbalik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pandulaju.com.my (@pandulaju)


Klip video itu tular di Facebook dan belum ada pendedahan sebenar bagaimana kemalangan pelik itu boleh berlaku. Pengguna jalan raya boleh mengambil iktibar daripada insiden seperti itu, terutama ketika musim hujan kebelakangan ini.

Antara tip pemanduan boleh diamalkan adalah:

  • Periksa keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan, termasuk ketebalan bunga tayar dan tekanan angin tayar.
  • Fokus sepenuhnya kepada pemanduan dan keadaan sekeliling.
  • Berhati-hati dengan keadaan di tepi kenderaan, dikhuatiri ada penunggang motosikal di kawasan zon titik buta.
  • Sebelum belok, periksa keadaan di sisi dan belakang kenderaan anda menggunakan cermin sisi serta cermin pandang belakang.
  • Pandu perlahan, terutama di kawasan tumpuan ramai, trafik sesak, laluan licin atau curam.
  • Jangan main telefon bimbit.
  • Sentiasa kekalkan jarak selamat dari kenderaan depan.
  • Bertolak ansur memberi laluan kepada kenderaan lain untuk menukar, keluar atau memasuki lorong.
  • Tukar wiper cermin depan (dan belakang jika ada) kerana ini membantu anda melihat lebih jelas ketika memandu dalam hujan.
  • Gunakan signal belok sebelum menukar lorong.
  • Sentiasa guna tali keledar, sama ada anda pemandu atau penumpang.
  • Pastikan anda tiada masalah kesihatan sebelum memandu.
  • Jangan memandu dalam keadaan marah.

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Isu Keselamatan Jalan Raya, kemalangan, Myvi Kuning, Perodua Myvi, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), video tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev