• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BENDA Napoleon Bob 500 2024 Kini di Pasaran, Harga RM27.8k!

BENDA Napoleon Bob 500 2024 Kini di Pasaran, Harga RM27.8k!

November 28, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) mengumumkan tawaran cruiser BENDA Napoleon Bob 500 2024 untuk pasaran Malaysia pada harga RM27,888 seunit, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Cruiser ini pernah ditayangkan kepada umum di pameran Malaysia Autoshow 2024, dan kini boleh didapati menerusi rangkaian pengedar rasmi MForce Bike seluruh negara. BENDA Napoleon Bob 500 2024 dipakejkan bersama waranti dua tahun tanpa had perbatuan.

Berikut perincian BENDA Napoleon Bob 500 2024:

  • Ada dua warna pilihan: hitam dan kelabu.
  • Dijana enjin petrol 4-lejang V-Twin 475.6cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI), berkuasa 47hp @ 8,800rpm dan tork 42Nm @ 6,700rpm.
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan klac sliper.
  • Sistem pacuan tali sawat dan dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TCS).
  • Dimensi panjang 2,285mm, lebar 810mm dan tinggi 1,080mm, manakala jarak roda 1,550mm dan jarak tinggi bumi 148mm.
  • Tinggi pelana 695mm.
  • Berat kering 201kg.
  • Fork teleskopik di depan, dan monoshock belakang.
  • Rim aloi 16 inci dengan tayar 150/80 (depan), dan rim 16 inci dengan tayar 180/65 (belakang).
  • Brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan brek cakera tunggal 260mm dengan kaliper 2-piston (belakang).
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Kapasiti tangki minyak 16 liter.
Benda Napoleon Bob 500 - 9
Benda Napoleon Bob 500 - 35
Benda Napoleon Bob 500 - 13
Benda Napoleon Bob 500 - 54
Benda Napoleon Bob 500 - 3
Benda Napoleon Bob 500 - 4
Benda Napoleon Bob 500 - 27
Benda Napoleon Bob 500 - 34
Benda Napoleon Bob 500 - 7
Benda Napoleon Bob 500 - 15
Benda Napoleon Bob 500 - 32
Benda Napoleon Bob 500 - 18
Benda Napoleon Bob 500 - 19
Benda Napoleon Bob 500 - 22
Benda Napoleon Bob 500 - 44
Benda Napoleon Bob 500 - 30

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BENDA Napoleon Bob 500 2024, cruiser, MForce Bike, MForce Bike Holdings (MForce Bike), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev