• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / AFA Lancar Projek Mitigasi Banjir LPT1, Pertingkat Daya Tahan Lebuh Raya dalam Cuaca Buruk

AFA Lancar Projek Mitigasi Banjir LPT1, Pertingkat Daya Tahan Lebuh Raya dalam Cuaca Buruk

November 28, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN menjalankan projek pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), AFA Infrastructure and Development Sdn Bhd (AFA) juga melancarkan Projek Mitigasi Banjir LPT1 bagi mempertingkat daya tahan lebuh raya ketika cuaca buruk.

Dengan peruntukan RM200 juta, projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2028 dengan fokus utama meminimumkan gangguan dan memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.

Berikut penambahbaikan dirancang:

  • Peningkatan sistem saliran untuk menguruskan jumlah air yang lebih besar dengan berkesan.
  • Pemanjangan dan pengukuhan pembetung untuk meningkatkan aliran air dan integriti struktur.
  • Peninggian jalan di kawasan mudah banjir untuk mencegah takungan air dan mengekalkan akses jalan.
  • Penstabilan cerun dan tambakan untuk mencegah hakisan tanah dan tanah runtuh.
  • Pengurusan tumbuh-tumbuhan secara strategik untuk meningkatkan penyerapan air dan mengurangkan larian air.

Pengerusi AFA Group, Tan Sri Azmil Khalili Khalid berkata;

Dalam inisiatif kami untuk memulakan projek Pelebaran KL-Karak dan Mitigasi Banjir LPT1, AFA bukan saja memenuhi keperluan infrastruktur semasa, tetapi juga membina asas untuk rangkaian pengangkutan yang tahan lasak dan cekap bagi memenuhi permintaan masa depan.

"Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan pendekatan menyeluruh kami yang mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya dan kelestarian ekosistem.

"Dengan menggabungkan inovasi dalam kejuruteraan dengan penyelesaian praktikal, kami nekad menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia untuk generasi akan datang."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AFA Infrasturcture and Development Sdn Bhd (AFA), Auto Terkini, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Projek Mitigasi Banjir LPT1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev