AFA Infrasturcture and Development Sdn Bhd (AFA) kini secara rasmi mengambil alih dan menggantikan ANIH Berhad untuk menguruskan dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).
Perubahan ini sekaligus mencerminkan komitmen AFA untuk menyediakan pemyelesaian infrastruktur yang selamat, cekap, dan lestari, sekaligus selari dengan matlamat pembangunan Malaysia.
Berikut tiga bahagian utama dalam operasi syarikat:
- AFA PRIME Berhad (dahulu ANIH Berhad), syarikat konsesi lebuh raya bagi Lebuhraya KL-Karak dan LPT1.
- AFA Construction & Engineering Sdn Bhd (dahulu Alloy Maintenance Engineering Sdn Bhd), yang pakar dalam perkhidmatan penyelenggaraan dan kejuruteraan untuk lebuhraya dan infrastruktur berkaitan.
- AFA System & Services Sdn Bhd (dahulu Alloy Toll Management Sdn Bhd), yang memfokuskan kepada pengurusan dan kutipan tol.
Pengerusi AFA Group, Tan Sri Azmil Khalili Khalid berkata,
Penubuhan AFA menandakan langkah penting dalam kerjasama kami dengan kerajaan untuk mempertingkatkan infrastruktur dan daya tahan ekonomi Malaysia.”
“Misi kami adalah untuk membina rangkaian pengangkutan yang bukan sahaja memperkukuhkan kesalinghubungan negara tetapi juga memajukan komuniti setempat dan mendorong pembangunan lestari. “
“Bersama dengan pihak berkepentingan utama, AFA komited untuk melaksanakan projek infrastruktur yang akan memacu Malaysia ke hadapan selaras dengan matlamat ekonomi dan sosial negara.”
Dengan menyasarkan pertumbuhan hasil tahunan sebanyak 2% hingga 3%, AFA berusaha untuk memperkukuhkan infrastruktur negara, mewujudkan peluang pekerjaan, dan merangsang ekonomi serantau bagi mempercepatkan pencapaian matlamat pembangunan nasional.
Leave a Reply