• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / OTOFACTS Tawar Laporan Kenderaan Malaysia Lebih Lengkap, Harga Bermula RM19.99 Sahaja!

OTOFACTS Tawar Laporan Kenderaan Malaysia Lebih Lengkap, Harga Bermula RM19.99 Sahaja!

December 4, 2024 By Han Othman Leave a Comment

587
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT penyedia maklumat dan data automotif, OTOFACTS mengumumkan laporan lengkap kenderaan Malaysia kepada pelanggan yang mahu mengetahui status kenderaan yang mahu dibeli.

Sebagai makluman, OTOFACTS ialah syarikat menjual laporan status kenderaan kepada pengguna yang mahu mengelak penipuan dan penyelewengan ketika mahu membeli kenderaan terpakai.

Laporan disediakan diyakini dapat membantu pengguna mengetahui segala status dan rahsia tersembunyi di sebalik kenderaan yang mahu dibeli.

OTOFACTS sudah menyediakan perkhidmatan ini sejak 2021 dengan mendapat respons positif daripada kalangan penggana seluruh negara.

APA YANG BAHARU?

OTOFACTS masih kekal menawarkan servis laporan data mengenai sejarah kenderaan yang berdaftar di Malaysia, Jepun, Britain (UK), dan Amerika Syarikat (AS).

Cuma bagi laporan kenderaan di Malaysia, maklumat disediakan sebelum ini adalah sangat asas. OTOFACTS kini dapat memberikan maklumat lebih lengkap mengenai status kenderaan tempatan.

OTOFACTS kali ini mampu menyediakan laporan kerosakan struktur kerugian menyeluruh (total loss), termasuk kerugian menyeluruh melebihi baik pulih ekonomik (total loss beyond economic repair) dan perbatuan (mileage).

Ketua Pegawai Eksekutif OTOFACTS, Shahir Ali berkata;

Perkhidmatan ditawarkan OTOFACTS mampu membantu pengguna untuk mengetahui kondisi kenderaan mereka dengan lebih baik."

Di bawah ini adalah contoh sampel laporan terbaharu yang anda akan terima jika menggunakan perkhidmatan daripada OTOFACTS. Antara maklumat asas diberikan ialah:

  • Maklumat asas status kenderaan, termasuk ringkasan jenis tuntutan insurans yang pernah dibuat (jika ada).
  • Senarai syarikat insurans diambil pemilik kenderaan terdahulu.
  • Harga nilai pasaran (market value) kenderaan.
  • Senarai cukai jalan mengikut lokasi dalam negara.
  • Senarai perincian tuntutan insurans dibuat berserta tahap kerosakan kenderaan sama ada akibat kerosakan sendiri, kemalangan, atau banjir.
  • Senarai model lain yang mahu dijual dengan harga purata dan perbatuan purata sama seperti kereta diperiksa

Jangan lupa semak sejarah kenderaan anda sebelum membeli apa-apa kereta terpakai atau recond!

Related

587
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CTOS, OTOFACTS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini
    PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev