• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Untung Bersih MAHB Meningkat RM210.37 Juta Suku Ketiga 2024

Untung Bersih MAHB Meningkat RM210.37 Juta Suku Ketiga 2024

November 27, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan keuntungan bersih RM210.37 juta pada suku ketiga 2024, bermula 1 Julai hingga 30 September, sekali gus menunjukkan peningkatan drastik berbanding RM94.76 juta yang dicapai tempoh sama tahun lalu.

Bursa Malaysia menyatakan perolehan kumpulan MAHB turut meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.

Pertumbuhan ini dipacu peningkatan jumlah penumpang hasil daripada operasi syarikat penerbangan baharu dan penambahan kekerapan penerbangan ke dan dari sektor antarabangsa, yang disokong pelaksanaan dasar bebas visa selama 30 hari untuk pengembara dari China dan India ke Malaysia.

"Bagi tempoh sembilan bulan pertama pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, keuntungan bersih MAHB melonjak kepada RM606.16 juta berbanding RM255.47 juta dalam tempoh sama tahun lalu, manakala perolehan pula meningkat kepada RM4.26 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2024 berbanding RM3.54 bilion sebelumnya."

Pertumbuhan perolehan tersebut selaras peningkatan pergerakan penumpang sebanyak 14 peratus kepada 101.2 juta penumpang.

Berikut antara faktor mempengaruhi peningkatan tersebut:

  • Operasi syarikat penerbangan baharu.
  • Penambahan kekerapan penerbangan ke dan dari sektor antarabangsa.
  • Syarikat penerbangan menyambung semula laluan.
  • Memperkenal perkhidmatan baharu.
  • Pelaksanaan dasar bebas visa selama 30 hari pengembara China dan India ke Malaysia.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bursa Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Visa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my