• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PDRM Kutip Lebih RM9 juta Saman Trafik Tertunggak Sempena Program 2TM

PDRM Kutip Lebih RM9 juta Saman Trafik Tertunggak Sempena Program 2TM

November 26, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMPENA Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung pada 22 hingga 24 November lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip saman trafik tertunggak bernilai lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari sahaja.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah kutipan itu melibatkan 103,590 saman trafik tertunggak yang diselesaikan.

Bagi tempoh tiga hari bermula 22 hingga 24 Nov, sebanyak 103,590 saman sudah dijelaskan berjumlah RM9,139,750 melalui saluran bayaran saman yang disediakan antaranya kaunter PDRM secara tunai dan e-payment melalui baucar yang diselesaikan melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM."

Tambah beliau, JSPT tidak menetapkan sebarang sasaran kutipan untuk progam 2TM ini, tetapi dengan sambutan luar biasa daripada 32,500 orang yang hadir untuk melangsaikan hutang tersebut sedikit sebanyak menunjukkan sikap tanggungjawab yang harus dipuji.

Berikut jenis kesalahan yang memperoleh jumlah saman tertinggi:

  • Memandu melebihi halaju
  • Melanggar lampu isyarat lalu lintas
  • Menghalang laluan trafik

JSPT menghargai kerjasama orang ramai yang hadir dalam menyelesaikan saman tertunggak bersempena dengan 2TM. Kami juga menyeru orang ramai agar tidak menunggu sehingga tawaran diskaun diumumkan untuk menjelaskan saman mereka."

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, MyBayar PDRM, Pols Diraja Malaysia (PDRM), Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM), Saman Tertunggak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev