• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nombor Plat Siri 'NEE 9' Raih Bidaan Paling Tinggi, RM266,666

Nombor Plat Siri 'NEE 9' Raih Bidaan Paling Tinggi, RM266,666

November 21, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyatakan bahawa bidaan nombor pendaftaran bagi siri 'NEE' yang mula dibida pada 15 hingga 19 November lalu telah berjaya mencapai hasil kutipan sebanyak RM4,578,075.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, bidaan paling tinggi yang direkodkan adalah 'NEE 9' dengan harga RM266,666. Berikut antara nombor plat lain yang turut mencapai bidaan tertinggi bagi siri tersebut:

  • NEE 8: RM188,123
  • NEE 3: RM158,999
  • NEE 7: RM148,888
  • NEE 6: RM141,600

Siri NEE mendapat sambutan yang amat baik daripada pembida-pembida dengan jumlah penyertaan keseluruhan pembida seramai 4,661 orang."

"Seramai 1,936 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing. Siri ini juga merupakan bidaan yang tertinggi dalam sejarah JPJ Negeri Sembilan."

Sementara itu, terdapat juga lima nombor dengan jumlah pembida tertinggi seperti berikut:

  • NEE 554: 19 pembida
  • NEE 288: 16 pembida
  • NEE 244: 15 pembida
  • NEE 26: 15 pembida
  • NEE 98: 15 pembida

JPJ juga mengucapkan tahniah kepada semua pembida yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJebid.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bidaan Nombor Pendaftaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Negeri Sembilan, JPJeBid, NEE 9, Nombor Plat NEE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my