• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KAMM 912c, Restomod Porsche 912 Dengan Badan Karbon, Tak Kurang Daripada RM1.6 Juta!

KAMM 912c, Restomod Porsche 912 Dengan Badan Karbon, Tak Kurang Daripada RM1.6 Juta!

November 21, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SEBELUM ini PanduLaju pernah memaparkan mengenai KAMM 912c Carbon iaitu projek baik pulih dan ubah suai model klasik Porsche 912.

Ini bukan projek biasa kerana badan asal diganti dengan gentian karbon! KAMM diasaskan Miklós Kázmér di Budapest, Hungary dan hanya menumpukan pada 912 yang dikeluarkan dari 1965 sehingga 1969.

Selepas hebahan projek itu, KAMManufaktur kini secara rasmi dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan unit pengeluaran pertama 912c telah dihantar ke Miami.

KAMM melantik ZWECK sebagai wakil jualan dan rakan servis rasmi untuk pasaran Amerika Utara.

Amerika Syarikat sebenarnya mempengaruhi projek 912c apabila Miklós Kázmér berkunjung ke Muzium Petersen dan terinspirasi daripada 911R yang dipamerkan.

Dibuat di Budapest, projek ini melibatkan individu pakar yang mempunyai pengalaman bersama Singer, Koenigsegg, dan Porsche Motorsport. KAMM turut bekerjasama dengan pembekal komponen Fusina dan TracTive.

Miklós Kázmér sememangnya memberi tumpuan bagi mengurangkan berat. Selain panel badan gentian karbon, cermin polikarbonat Lexan yang ringan digunakan dan setiap komponen direka semula bagi mengurangkan berat.

Badan kereta diperkukuh menggunakan besi Cro-Moly 40 milimeter (mm). Bergantug kepada spesifikasi sebuah 912c boleh dijadikan seringan 750 kilogram (kg).

Enjin asal 1.6 liter dijadikan 2.0 liter dengan kuasa 185 bhp dan 205Nm. Ciri asal enjin flat-four 616 dikekalkan dan setiap komponen dibuat semula untuk kuasa, kekuatan dan ketahanan penggunaan harian.

Transmisi tukaran singkat direka oleh KAMM dan dipadan bersama klac perlumbaan Porsche sebelum kuasa dihantar ke diferensial gelincir terhad ZF.

Kereta klasik digabungkan bersama  perkakasan moden seperti pengecas telefon wayarles dan kerusi dengan pemanas. Skrin digital? Tiada! KAMM masih mahu menggunakan cara manual.

KAMM menawarkan dua model coupé iaitu 912c Semi-Carbon dengan beberapa panel besi asal dikekalkan. Versi 912c Full-Carbon menggunakan gentian karbon sepenuhnya. KAMM turut menawarkan model bumbung terbuka 912c Targa.

Harga 912c Semi-Carbon, 355,000 euro (RM1,671,033), 912c Full-Carbon 395,000 euro (RM1,859,318) dan 375,000 euro (RM1,765,354) untuk 912c Targa.

Spesifikasi KAMM 912c:

Badan

  • Badan asal dibaik pulih penuh oleh pakar KAMM.
  • Diperkukuh dengan besi Cro-Moly 40 mm.
  • Cermin ringan polikarbonat Lexan, kalis calar.
  • Cermin sisi gentian karbon dihasilkan KAMM berdasarkan model kereta Talbot.
  • Pelindung bawah kereta aerodinamik dan splitter depan.
  • Pilihan rangka keselamatan mengikut spesifikasi FIA.

Enjin 

  • 616 2.0 liter, sejukan udara.
  • 185 hp@6,500rpm, 205Nm@5,200. Redline@ 7,200 rpm.
  • Daya kilas 170Nm serendah 2,00o rpm.
  • Kepala silinder dari JPS Aircooled dan omboh diubahsuai oleh KAMM.
  • Badan pendikit berasingan dibuat oleh KAMM.
  • Komponen ambilan dan ekzos buatan khas oleh BDN untuk KAMM.
  • Pengurangan geseran hasil daripada bilah penyejukan yang dibangunkan Fuhrmann, Carrera dan KAMM.
  • Kotak udara dihasilkan oleh BDN dan KAMM dengan sambungan injap aktif.

Kotak gear

  • Kotak gear dogleg 5-kelajuan 901 dinaik taraf oleh KAMM untuk feel tukaran jitu.
  • Tiga corak penggearan; pendek, panjang dan touring.
  • Penukar cepat dan sambungan (linkage) dibangunkan oleh KAMM.
  • Diferensial terhad ZF.
  • Klac perlumbaan Porsche.

Ekzos

  • Ekzos prestasi buatan khas rekaan KAMM dan BDN dan dikeluarkan oleh REEF.
  • Operasi penuh atau mod senyap.

Elektrik

  • Harnes dawai dan penyambung dibangunkan mengikut spesifikasi permotoran.
  • Unit kawalan elektronik oleh SCS dengan dua mod untuk pemanduan harian atau prestasi dan litar.
  • Modul Pembahagian Kuasa oleh AIM Technologies.
  • Tolok Smiths dihasilkan mengikut spesifikasi KAMM oleh Caerbont Automotive.
  • Alternator 175 amp dibangunkan oleh WOS Performance.

Dalaman

  • Pilihan kerusi gentian karbon perlumbaan atau touring yang dibangunkan oleh Fusina Racing dan KAMM.
  • Pilihan tali pinggang keledar mengikut spesifikasi FIA.
  • Stereng Fusina Racing.
  • Penyaman udara elektrik, karpet ringan, sitem bunyi dengan pembesar suara Morel/
  • Pilihan keselesaan termasuk kerusi dengan pemanas.

Suspensi dan brek

  • Suspensi depan separa aktif dari TracTive.
  • Sistem brek AP Racing.

Pilihan roda

  • Aluminium ala besi dengan rekaan klasik saiz R15 atau R16.
  • Replika ala Porsche 917 dari Carbon 360 saiz R15/6.5.
  • 3-piece ala 917 saiz R15 J7.
KAMM 912c 2024 USA.01
KAMM 912c 2024 USA.02
KAMM 912c 2024 USA.08
KAMM 912c 2024 USA.03
KAMM 912c 2024 USA.04
KAMM 912c 2024 USA.05
KAMM 912c 2024 USA.06
KAMM 912c 2024 USA.07

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: KAMM, KAMM 912c, KAMManufaktur, Porsche, Porsche 912

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev