• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Honda Miimo - Robot Pemotong Rumput Dipamer Sempena Pameran Bunga Britain

Honda Miimo - Robot Pemotong Rumput Dipamer Sempena Pameran Bunga Britain

June 15, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAJUK artikel ini mungkin agak lucu buat gergasi automotif dunia seperti Honda. Faktanya, pengeluar itu bukan saja hebat membuat kereta, tetapi juga produk kejuruteraan seperti set generator dan pesawat peribadi. Jadi, apalah mahu dihairankan apabila Honda baru-baru ini mengeluarkan robot pemotong rumput, dipanggil Honda Miimo.

Bertempat di Bakewell dekat Derbyshire, Britain, Honda mengambil bahagian dalam pameran bunga pertama RHS Chatsworth House Flower Show bermula 7 hingga 11 Jun lalu.

BACA >>> Lupakan Motor dan Kereta, Mungkin Sekarang Masanya Anda Beli Jet Honda!

HONDA MIIMO

Miimo ialah jawapan kepada mereka yang mahu menjimatkan kos buruh dan masa untuk mendapatkan halaman cantik. Saiz robot pemotong rumput itu pula kecil saja dan direka khusus untuk melakukan tugasan ringan.

Kemampuan Miimo memotong rumput cuma sekitar 2-3mm, dan memandangkan ia mampu bergerak sendiri, pemilik boleh kerap menggunakannya setiap minggu tanpa perlu menunggu rumput benar-benar panjang. Saiz potongan rumput yang pendek pula tidak memerlukan anda membuang sisa rumput berbaki, sebaliknya dibiarkan sahaja menjadi baja semula jadi.

Miimo dikuasakan bateri litium-ion berkuasa tinggi dan bergerak menggunakan kombinasi kawalan pintar, pemasa dan sensor, manakala tindak balas seterusnya bergerak mengikut batas laman yang hendak dipotong.

PEMOTONG DAUN WAYARLES

Selain robot Miimo, Honda turut mempamerkan mesin pemotong daun wayarles yang dikuasakan bateri lithium-ion 56 volt bersama pelbagai aksesori pemotong.

Mesin pemotong ini ringan, senyap, bersih, berprestasi tinggi dan mampu dicas semula dengan pantas. Malah, dibekalkan bilah yang tajam untuk potongan tepat dan kemas supaya pokok atau tanaman dapat tumbuh dengan sihat.

VERSATOOL

honda-versatool-i
honda-versatool-ii

Versatool pula lebih istimewa, dikuasakan enjin 4-silinder yang dipasangkan pada aci bebas gegar dan boleh melakukan pelbagai kerja menggunakan lapan jenis alatan, termasuk mata pisau. Ada bilah pemotong daun, pemotong dahan, termasuk peniup daun dan pelbagai lagi yang semua disertakan dalam satu set mesin.

Dengan pelbagai tawaran mesin dan jentera, Honda nampaknya benar-benar faham apa yang diperlukan pengguna daripada sekecil-kecil robot hinggalah jentera terbang ke awan biru. Power of Dreams katanya! 😀

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment Tagged With: autotainment, Honda, Honda Miimo, Honda Versatool

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev