• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DJM Buka Tempahan Kia Sportage 2025 Versi CKD, Bakal Debut di KLIMS 2024

DJM Buka Tempahan Kia Sportage 2025 Versi CKD, Bakal Debut di KLIMS 2024

November 20, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


DINAMIKJAYA Motors (DJM) membuka tempahan awal model Kia Sportage 2025 generasi kelima (NQ5) di Malaysia yang hadir dalam empat varian pilihan dengan dua pilihan trenkuasa petrol.

Kia Sportage ini ialah produk pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Inokom di Kulim, Kedah untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C.

Model itu akan diperkenalkan secara rasmi sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 bulan depan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Buat masa ini, tiada harga rasmi diumumkan. Namun, anggaran harga awal dipercayai sekitar julat RM150,000 hingga RM200,000, bergantung varian. Kia Sportage 2025 versi CKD ini akan hadir dalam dua pilihan trenkuasa petrol iaitu:

  • 2.0L Smartstream dengan output kuasa 156hp @ 6,200rpm dan tork 192Nm, yang dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.
  • 1.6L Gamma II Turbo dengan output kuasa 177hp @ 5,500rpm dan tork 265Nm, yang dipadankan transmisi automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Rekabentuk Kia Sportage 2025 ini menyaksikan wajah diperbaharui, rekabentuk badan lebih maskulin, dan sarat teknologi dipertingkat serta ciri keselamatan termaju.

Ruang kabin moden dilengkapi unit infotainmen resolusi tinggi dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta kluster instrumen digital berwarna 12.3 inci. Ada varian hadir dengan lampu ambien dan sistem penyaman udara dwi-zon berserta sistem audio premium Harman Kardon.

KENAPA BUKAN KIA SPORTAGE NQ5 FACELIFT?

Timbul persoalan kenapa DJM memilih memperkenalkan Sportage model sedia ada sebagai produk CKD dan bukan versi dipertingkat (facelift) seperti diperkenalkan di Korea Selatan, baru-baru ini?

PanduLaju bersama rakan media lain sempat bertemu Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Bermaz Auto, Tan Sri Ben Yeoh di Kulim, Kedah dan beliau menjelaskan model facelift itu baru saja dilancarkan secara eksklusif untuk pasaran Korea.

DJM juga sudah mendapatkan penetapan harga kompetitif untuk Sportage baharu, sekali gus menjadikan pakej harga cukup menarik yang sesuai untuk jualan pasaran Malaysia.

Sebaliknya, jika model facelift dipilih untuk ditawarkan ke pasaran Malaysia, pengguna tidak dapat menikmati harga asas paling menarik untuk Kia Sportage CKD yang akan diumumkan kelak, sekali gus menjejaskan tawaran DJM untuk model itu di pasaran luar.

Malah, program CKD untuk Sportage sebenarnya sudah bermula dan jika DJM mengubah rancangan untuk projek CKD Sportage facelift, pengeluarannya sudah tentu mengambil masa lebih lama sebelum diperkenalkan ke Malaysia.

Namun, model Sportage facelift tetap akan ditawarkan pada masa akan datang, dijangka kira-kira dua tahun lagi.

TEKNOLOGI KESELAMATAN

Maklumat awal diterima menyatakan Kia Sportage 2025 CKD akan dilengkapi pakej teknologi bantuan pemandu seperti:

  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Pencegahan Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Elak Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bermaz Auto, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, KIA NQ5, Kia Sportage 2024 CKD, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Roda4, Tan Sri Ben Yeoh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my