PERNAHKAH anda terfikir terdapat penerbangan yang hanya mengambil masa perjalanan kurang 10 minit? Anda mungkin juga tertanya, kenapa penerbangan tersebut ditawarkan sedangkan jarak perjalanan tidak terlalu jauh dan boleh juga menggunakan alternatif pengangkutan lain seperti pengangkutan darat atau air.
Bagaimanapun, semua penerbangan dalam senarai ini beroperasi atas sebab tertentu, seperti perlu merentasi lautan dan kawasan berbukit ekstrem yang susah dilalui kenderaan darat lain.
Berikut lima penerbangan paling singkat di dunia:
1. Westray ke Papa Westray, Scotland (57 saat)
- Inilah penerbangan paling pendek dunia, iaitu di Scotland.
- Perjalanan dari Pulau Westray dengan populasi 600 penduduk ke Papa Westray dengan populasi 90 orang.
- Hanya berada di udara kurang 3km.
- Penumpang dapat melihat landasan tempat mendarat dari tempat berlepas.
- Penerbangan disediakan syarikat Loganair dan digelar jambatan udara yang sudah beroperasi selama 50 tahun.
2. Kegata ke Apowo, Indonesia (2 minit)
- Jarak pemisah dua destinasi hanya 2km.
- Perjalanan biasa seperti berjalan kaki atau kenderaan darat agak sukar kerana perlu menempuhi bukit curam dan kawasan hutan tebal.
- Pesawat enjin tunggal ini tiada jadual penerbangan dan hanya mampu membawa 10 penumpang.
3. Caye Chapel ke Caye Caulker, Belize (2 minit)
- Caye Chapel ialah pulau persendirian yang menawarkan dua tarikan iaitu padang golf dan landasan udara.
- Caye Caulker pula adalah sebuah pulau lain yang lebih mesra pelancong kerana mempunyai terumbu karang cantik dan aktiviti menyelam.
- Jarak dua destinasi ini cuma 4km.
- Mempunyai perkhidmatan teksi air, tetapi mengambil masa lama.
- Syarikat Tropic Air menawarkan penerbangan komersial harian untuk merentasi dua pulau berkenaan.
4. Karpathos ke Kasos, Greece (5 minit)
- Jarak perjalanan antara dua destinasi ialah 20km.
- Perkhidmatan penerbangan disediakan syarikat Olympic Air.
- Dua destinasi ini tidak tersenarai dalam perkhidmatan kapal persiaran sekitar Laut Aegean.
- Jika menaiki feri, tempoh perjalanan mengambil masa dua jam.
5. Connemara ke Inishmaan, Ireland (10 minit)
- Jarak perjalanan dari Lapangan Terbang Wilayah Connemara ke bandar Galway ialah 27km.
- Pulau Inishmaan ialah lokasi wajib dilawati termasuk pulau Aran lain.
- Perkhidmatan penerbangan disediakan syarikat Aer Arann dengan jarak perjalanan dua destinasi sejauh 16km.
SUMBER: PointHacks
Leave a Reply