• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Penjara Mandatori 15 Tahun Perlu Dikuat Kuasa untuk Banteras Pemandu Mabuk

Pakar: Penjara Mandatori 15 Tahun Perlu Dikuat Kuasa untuk Banteras Pemandu Mabuk

November 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMBAKAN kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk yang seakan tiada titik noktah mendesak Kerajaan meminda semula Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 atau Akta 333 dengan memperuntuk hukuman penjara 15 tahun mandatori.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Dr Lee Lam Thye berkata, cadangan pindaan itu bertujuan memberikan pengajaran kepada pemandu dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Malah, pindaan hukuman sedia ada yang dibuat menerusi akta pada Oktober 2020 dilihat kurang memberikan impak dan tidak menakutkan mereka hingga insiden sama masih berulang.

Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kematian mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

"Jadi saya cadangkan supaya hukuman itu diganti dengaan penjara mandatori selama 15 tahun menerusi pindaan akta ini. Ia perlu dikaji dan dikuat kuasa segera."

Menurutnya, penjara mandatori ini akan menjadi hukuman lebih berat kerana tiada pilihan hukuman lain. Undang-undang yang diperkasa ini mampu memastikan pelaku mendapat pembalasan setimpal atas kesalahan dilakukan.

SUMBER: SinarHarian

Related

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta 333, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, Auto Terkini, Hukuman Pemandu Mabuk, kemalangan jalan raya, pakar, Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Dr Lee Lam Thye

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev