• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan X-Trail 'Facelift' Tampil Teknologi Semi-Autonomi, Rupa Lebih Mengancam

Nissan X-Trail 'Facelift' Tampil Teknologi Semi-Autonomi, Rupa Lebih Mengancam

June 3, 2017 By Han Othman 2 Comments

542
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NISSAN memperkenalkan barisan baharu X-Trail versi dipertingkat atau facelift dalam usaha menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kekal kompetitif. Bermula dengan perubahan visual, SUV baharu ini kini tampil dengan gril 'V-Motion' lebih lebar dan dipadankan dengan rekaan bampar baharu berserta set kluster lampu utama diperbaharui yang disepadukan bersama lampu siang (DRL) berbentuk boomerang.

Rekabentuk belakang juga direka semula dengan menyerlahkan kemasan krom dan sepasang lampu belakang LED-penuh, manakala rekaan rim aloi 17 dan 18-inci turut diperkemas. Menambahkan seri X-Trail facelift ini ialah empat warna baharu sebagai pilihan pengguna.

TEKNOLOGI SEMI-AUTONOMI

Nissan X-Trail (2014)
Nissan X-Trail facelift

Menjengah ruang kabin, Nissan mengetengahkan roda stereng sporty yang serupa dengan model Micra baharu, ventilator penyaman udara hitam berkilat, kerusi depan dan belakang dengan pemanas, termasuk opsyen kulit hitam dua-tona menggunakan trim Tekna. Pakej kabin juga dinaik taraf, di mana ruang but bagi versi 5-kerusi kini lebih luas iaitu 564 liter, berbanding 550 liter bagi model terdahulu.

Nissan X-Trail juga didatangkan dengan teknologi semi-autonomi, ProPilot yang mana sistem itu mampu mengawal stereng, memecut dan membrek dalam laluan lurus di lebuh raya, ketika kesesakan lalu lintas teruk dan memandu dalam kelajuan tinggi.

Sistem bantuan pemandu lain adalah termasuk Pembrekan Kecemasan Pintar dengan Pengecaman Pejalan Kaki (Intelligent Emergency Braking with Pedestrian Recognition) dan Amaran Lalu Lintas Lintas Belakang (Rear Cross Traffic Alert - RCTA). Pilihan tiga enjin dikekalkan, iaitu 1.6L petrol, 1.6L diesel (3 varian) and 2.0L diesel (3 varian) dengan dipadukan transmisi variabel berterusan (CVT) dan manual 6-kelajuan dalam format 2WD atau 4WD.


Apakah Nissan Malaysia menerusi Edaran Tan Chong Motor akan membawa masuk X-Trail facelift versi Amerika itu untuk pasaran Malaysia. Tidak dinafikan penampilan SUV facelift itu lebih mengancam, terutama bahagian belakang. 😀

GALERI

Nissan X-Trail facelift

SUMBER: Car Scoops

Related

542
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan X-Trail, Nissan X-Trail facelift 2017, Roda4, SUV

Comments

  1. Izzat says

    June 3, 2017 at 11:22 PM

    Ini nissan rouge utk pasaran usa.full spec.bonet belakang pun full auto.

    Reply
    • AO says

      June 4, 2017 at 6:12 AM

      Mula Rouge gen-2 dan X-Trail gen-3 sudah kongsi platform sama. Dua-dua tu boleh dirujuk sebagai model serupa untuk pasaran negara masing-masing. Cuma nama berbeza

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my