• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KLIMS 2024 Kembali Disember Ini, Peluang Menang Toyota Yaris Limited Edition!

KLIMS 2024 Kembali Disember Ini, Peluang Menang Toyota Yaris Limited Edition!

November 14, 2024 By Azhan O Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAMERAN Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024
kembali lagi mewarnai jadual acara permotoran Malaysia bermula 5 hingga 11 Disember 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Acara kali ini adalah edisi ke-10 dengan menngumpul pembabitan tinggi daripada kalangan pengeluar tempatan dan luar negara.

APA MENARIK TENTANG KLIMS 2024?

Berikut beberapa pameran, dan aktiviti menarik sepanjang KLIMS 2024:

  • Peluang memenangi cabutan bertuah sebuah Toyota Yaris 1.5G Limited warna Platinum White Pearl (putih) dalam skema dwi-tona, dan Perodua Axia warna Lava Red (merah).
  • KLIMS 2024 dianjurkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), bertemakan 'Melangkaui Mobiliti' (Beyond Mobility) dengan menumpukan trend utama yang membentuk industri automotif masa depan.
  • Mendapat penyertaam hampir 70 pempamer yang menjanjikan pameran kenderaan berteknologi tinggi, solusi mobiliti mesra alam, dan penemuan baharu teknologi daripada peneraju jenama automotif serta syarikat perkhidmatan lain.
  • Dewan pameran meliputi hampir 30,000 kaki persegi di dua aras bangunan MITEC.
  • KLIMS 2024 disokong penyokong utama Kerajaan dan industri seperti Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii), Persekutuan Automotif Malaysia (AFM), Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM), dan Komponen Automotif Malaysia Persatuan Pengilang Alat Ganti (MACPMA).
  • KLIMS 2024 juga diperakui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan peranan sebagai platform utama pameran automotif Malaysia ke pasaran antarabangsa, sekali gus meningkatkan reputasi negara sebagai hab inovasi dan automotif mampan.
  • Debut eksklusif jenama terkenal seperti Perodua, Nissan, Toyota, Great Wall Motor (GWM), Kia, Morris Garage (MG), Mazda dan banyak lagi bersama pendedahan kereta konsep pada acara pembukaan.
  • Juga ada pameran kereta eksotik, koleksi model langka, pameran dan perhimpunan kereta klasik dan model miniatur (die-cast).
  • Dengan kolaborasi R&D F1 Simulation, ada pameran khas empat model ikonik Ferrari F1 yang memaparkan evolusi jentera lumba jenama itu dari era legenda Michael Schumacher hingga Charles Leclerc.
  • Pengunjung juga berpeluang membeli miniatur eksklusif Ferrari
    KLIMS 2024 turut dimeriahkan kehadiran kelab-kelab automotif tempatan.
  • Selain Hadiah Utama dan Hadiah Pertama, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai cabutan bertuah lain seperti:
    • Hadiah Kedua: Pandu EV smart #1 selama 10 hari - ditawarkan AVIS Malaysia
    • Hadiah Ketiga: Skuter bagasi elektrik daripada Lite Elala
    • Hadiah Keempat: Basikal elektrik HILEY Maxspeed X8 daripada Eforge
    • Hadiah menarik lain seperti kamera pemuka 70mai, hadiah misteri daripada Ferrari, bag hadia daripada Carage dan kad TnG KLIMS 2024 edisi khas.
  • Maklumat lanjut boleh layari klims.com.my

Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain (foto atas, berdiri tengah) berkata;

KLIMS 2024 menjadi platform penting kepada industri automotif untuk mempamerkan kemajuan terkini, memberikan pemahaman mengenai trend transformatif seperti kenderaan elektrik (EV) dan solusi mobiliti mesra alam.

"Dengan komitmen Kerajaan terhadap solusi mobiliti inovatif dan mampan, termasuk insentif untuk EV dan polisi sokongan teknologi hijau, kami menyaksikan trajektori mengujakan kepada sektor automotif kita.

"Tema tahun ini, ‘Beyond Mobility' seiring usaha Malaysia ke atas elektrifikasi dan infrastruktur pintar yang meletakkan negara menjadi barusan depan kemajuan automotif di Asia Tenggara.

"Ketika kia memasukan era baharu ini, KLIMS 2024 akan menyerlahkan inovasi rentas industri, menggalakkan pihak berkepentaingan dari pengeluar hingga pengguna untuk menerima teknologi yang memacu tanggungjawab alam sekitar dan kecekapan.

"Kami teruja meraikan edisi ke-10 KLIMS yang menggariskan potensi Malaysia sebagai peneraju serantau dalam mobiliti masa depan."

MAKLUMAT ACARA

  • Tarikh: 5 - 11 Disember 2024 (Khamis hingga Rabu)
  • Lokasi: Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
  • Masa Operasi: 10 pagi hingga 8 malam (hari biasa); 10 pagi hingga 10 malam (hari minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, 11 Disember (Rabu) ialah cuti umum di Selangor)
  • Tiket boleh dibeli di reg.klims.com.my
  • Harga Tiket:
    • Dewasa - RM20 (hari biasa), RM25 (hari minggu, Jumaat-Ahad dan 11/12)
    • Kanak-Kanak - PERCUMA (bawa 12 tahun), RM10 (13-17 tahun) untuk hari biasa dan hari minggu
    • Pelajar Universiti dan Kolej - RM10 (hingga 25 tahun dengan kad pelajar)

MENANG TnG EDISI KHAS, TIKET PERCUMA!

KLIMS 2024 turut menganjurkan peraduan fotografi media sosial dengan 100 pemenang kreatif akan menerima kad Touch n' Go (TnG) x KLIMS 2024 edisi terhad berserta dua tiket masuk percuma. Pemenang dipilih berasaskan kreativiti, kaitan tema, dan tanda suka tertinggi.

RAKAN KONGSI, PENAJA KLIMS 2024

Berikut senarai syarikat dan organisasi yang terlibat sebagai rakan penaja, rakan kongsi, rakan perkhidmatan dan digital KLIMS 2024:

  • AFFIN - Penaja rasmi KLIMS 2024
  • CARSOME - Rakan kongsi tukar beli rasmi
  • Motonation - Rakan sokongan
  • R&D F1 Simulation - Pemilik lesen rasmi Ferrari Die-Cast
  • AVIS Malaysia - Penyedia perkhidmatan  E-Mobility

Rakan Kongsi Digital dan Perkhidmatan

  • Touch 'n Go
  • JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
  • MIROS (Institur Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia)

Rakan Penaja

  • Carage
  • WEDRINK Malaysia
  • Petrosains

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Institur Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), KLIMS 2024, Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev