• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Tacoma TRD ProRunner Race Concept yang Diubah Suai Ala Trak Pikap Lumba

Toyota Tacoma TRD ProRunner Race Concept yang Diubah Suai Ala Trak Pikap Lumba

November 12, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Hilux generasi kelapan dikeluarkan sejak 2015 dan mengikut kitaran hayat produk sudah tiba diganti baharu.

Bagaimanakah rupa Hilux baharu nanti? Adakah menggunakan rupa yu tukul seperti model Toyota yang lain? Jika dijadikan seperti Tacoma dan Tundra juga nampak elok seperti Ford Ranger dan F-150.

Menarik mengenai Tacoma ialah Toyota siap menawarkan versi TRD yang dipecahkan kepada beberapa pilihan seperti TRD Pro, TRD PreRunner, TRD Sport dan TRD Off-Road.

Ini pula projek istimewa, iaitu #84 Tacoma TRD ProRunner Race Concept yang dihasilkan untuk mempamerkan prestasi, keupayaan dan versatiliti Tacoma baharu.

Trak pikap ini dibayangkan sebagai jentera lumba khas Tacoma dengan kejuruteraan yang diilhamkan daripada perlumbaan Baja dan ciri perlumbaan kelajuan tinggi TRD Pro menggunakan badan jenis XtraCab (kabin tunggal panjang, 2-pintu).

Trak pikap ini juga meraikan kerjasama baharu dengan Legacy Motor Club dan pelumba ikonik Amerika Syarikat yang juga pemilik bersama pasukan, Jimmie Johnson.

Beliau dikenali sebagai jaguh kejuaraan Nascar Cup Series dengan tujuh kejuaraan. Menariknya, bermula dari atas motosikal lasak (dirt bike) sebelum bersaing dalam perlumbaan off-road, termasuk Baja 1000.

Trak pikap ini turut memperingati hubungan nostalgik antara beliau dan trak pikap Toyota. #84 Tacoma TRD ProRunner Race Concept dibangunkan untuk bersaing dalam kelas off-road Stock Mid-Size.

Komponen daripada Tacoma TRD Pro 2025 dimuatkan pada Tacoma XtraCab 2-pintu, manakala kerja modifikasi dilakukan Service Parts and Accessories Development (SPAD) Toyota.

Absorber TRD Pro, iaitu FOX Quick Switch 3 (QS3) Internal Bypass dengan perumah aluminium 2.5 inci dan reservoir belakang dan arm kawalan atas TRD dipasang untuk meningkatkan prestasi off-road.

Ruang kabin dipasang kerangka keselamatan bagi melindungi penumpang dan meningkatkan ketegaran. Kerusi IsoDynamic Performance dengan absorber dipadan bersama tali keledar pelbagai sudut.

Ruang bed belakang 6 kaki diisi tayar ganti dan tangki bahan api, manakala pintu bed ditukar kepada jaring untuk mengurangkan berat, dan bahagian bawah dipasang plat pelindung.

Warna badan eksklusif Mudbath untuk TRD Pro 2025 dihiasi grafik hitam dan skema warna Jimmie Johnson selain warna klasik TRD, iaitu kuning, jingga dan merah yang sinonim dengan ikon Baja, Ivan 'Ironman' Stewart yang banyak mencatat sejarah bersama Toyota.

Elemen retro diteruskan pada cermin sisi dan hendal pintu krom, bar sport ARB dengan lampu buatan khas dan rim TRD Pro yang dibalut tayar BFGoodrich.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Toyota, Toyota Tacoma, Toyota Tacoma TRD Pro, Toyota Tacoma TRD ProRunner Race Concept, TRD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my