• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan GWM Haval H6 HEV Lebih 1,500 Unit!

Tempahan GWM Haval H6 HEV Lebih 1,500 Unit!

November 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


GREAT Wall Motor (GWM) Malaysia mendedahkan tempahan diterima untuk GWM Haval H6 HEV sudah mencecah lebih 1,500 unit dalam tempoh kurang sebulan selepas pelancaran.

Setakat ini, 200 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid versi pemasangan tempatan (CKD) itu sudah dihantar kepada pembeli seluruh negara. Rekod jualan lebih 1,500 unit itu dianggap sebagai respons permintaan dan keyakinan positif pelanggan terhadap jenama GWM di pasaran tempatan.

PRESTASI GLOBAL GWM

  • GWM di peringkat global pula mencatat jualan global 122,700 unit, peningkatan tahunan 39.85 peratus.
  • Jualan terkumpul global GWM Haval sudah lebih 9 juta unit.
  • GWM Tank pula mencatat lebih 500,000 unit jualan kumulatif pada suku ketiga 2024.

Di pasaran Malaysia, GWM Haval H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800 dalam lima warna pilihan iaitu Energy Green (hijau), Ayers Silver (perak), Crayon Grey (kelabu), Hamilton White (putih) dan Sun Black (hitam).

Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai tawaran dan waranti istimewa untuk pemilik GWM Haval H6 HEV iaitu:

  • Servis percuma lima tahun jika mendaftarkan Haval H6 HEV pada 2024 (termasuk alat ganti dan kos buruh)*
  • Rebat tambahan RM3,000 kepada pemilik kenderaan GWM sedia ada.*
  • Waranti enjin 10 tahun atau 1,000,000km.**
  • Waranti sistem HEV lapan tahun atau 1,000,000km.**
  • Waranti penuh kenderaan tujuh tahun atau 200,000km.*

* Tertakluk kepada terma dan syarat.
** Eksklusif kepada pemilik pertama dan pendaftaran persendirian.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Great Wall Motor (GWM), GWM Haval H6 HEV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev