BERMULA 1 Jun 2017, Proton menyemak semula harga alat ganti yang menyaksikan penurunan hingga 40 peratus bagi model-model terpilih. Menurut Proton, penurunan harga alat ganti itu bertujuan meringankan beban pengguna dan seterusnya menggalakkan mereka menggunakan alat ganti tulen sah.
Ini secara tidak langsung menggalakkan pengguna ke pusat servis Proton untuk menyenggara kenderaan mereka.
BACA >>> Proton Masih Kekal Sebagai Kereta Nasional - Syed Faisal
Berdasarkan perbezaan harga sebelum dan selepas penyelarasan, jelas menunjukkan Proton komited mahu memastikan semua penggunanya mendapat alat ganti tulen pada harga mampu milik.
Proton Exora CFE misalnya. Harga servis major bagi 60,000km sebelum ini ialah RM1,137.22. Selepas penyelarasan, harga penyenggaraan bagi tempoh 60,000km hanya RM574.11. Anda boleh lihat perbezaan harga sebelum dan selepas penyelarasan di bawah:
Malah, Proton turut menawarkan promosi penapis (oil filter) percuma bagi setiap penukaran minyak pelincir Petronas Syntium SE di pusat servis. Promosi sah sehingga 30 Jun ini. Bagaimanapun, penyelarasan harga alat ganti adalah sah sehingga bila-bila.
Secara peribadi, kami setuju dengan tindakan Proton. Dengan adanya semakan semula harga ini, kami berharap lebih ramai pengguna ke pusat servis Proton. Tapi Proton jangan pula lupa, pastikan setiap masalah yang dihadapi pelanggan dapat diselesaikan. Kami yakin persepsi buruk orang ramai terhadap jenama Proton akan perlahan-lahan pudar dan kepercayaan mereka pulih semula.
Percayalah...
BACA >>> Kalau Saya CEO PROTON, Mungkin Perkara Ini yang Saya Buat...
BACA >>> Adakah Ini SUV Pertama Keluaran Proton? Jika Ya, Mesti Laku Keras!
Fahmi says
Sebenarnya kereta proton sama je dgn kereta lain dlm kelas kereta itu sendiri.ada masaalah tersendiri.
Bagi saya saya rasa wargakerja di pusat servis proton dilihat semacam tiada pengatahuan yang banyak dlm bidang ini @ malas nk mengesan sesuatu kerosakkan pada kereta. Senang depa cakap. . . Oooo masaalah cmni. . .cik kena jumpa bhg. Lain. . . Bagi kami pemilik proton beranggapan bhw. Pusat servis lah segalanya tentang hal2 kereta proton. . . . Mengecewakan kerana ianya tak macam 2. . . .
aman nizan says
90% wargakerja di pusat servis proton tiada tahap professionalisma. tiada inisiatif utk memajukan diri. terutamanya yg hands-on troubleshooting. lain rosak, repair ok, problem lain pulak datang. 3,4 kali terpaksa berulang. masih tak ok. kete guna baru 6 bulan. naper haa.. budak2 mekanik tu korang kasi gaji takcukup ke. muka ketat je masa tgh troubleshoot. kita komplen sikit muka dah tukar biru kejap kuning kejap oren. aku rasa diaorang ni mangsa keadaan. setahu aku yg problem skrang ni hanyalah pihak management pusat servis proton, dari atas sampai bawah. woi wake up lah.anak kerja ko takcukup gaji kot. pusat servis patut ada 1001 parts backup. proton jual keta spec bagus, wallah, tapi servis ko mcm sampah. camana proton tak melingkup. keta bagus, servis hancur. woi proton ceo, buat roll call, wake up kan pusat servis. buat kerja bg taraf professional laa. gaji budak2 pomen tu adjust skit..
Alex says
Kadang2 kecewa dgn proton. Kita beli mahal2 tp kualiti tak ok. Bukan nk minta the best kualiti mcm BMW atau lain2. Hari tu baru je ambik kereta baru preve premium, time tu petang baru habis keja then kebetulan esok off so semua dah plan nk jln dgn kereta baru, my bad day.. boleh2 je kereta tu mati kat tengah jln sampai org maki2 hon2, terpaksa call toing hantar g service, dah semua ok dua minggu lepas tu kereta problem lg, kali ni masalah turbo, hantar lg g service lepas 2 minggu lg masalah esc. Dalam sebulan boleh dikatakan byk kali keluar masuk service, ada staff smpai suruh nk hold kereta dlm 3hari.. mcm mana org nk g keja kalau hold? Naik uber eh? Dari jb g sg.. paling spoil petang ambik, esok kereta buat hal mati enjin tengah jalan.
papanakkals says
ni semua sejak geely ambik alih ni..proton nk clearkan stock lama,,,nak buat year end stock check kot..hehe
user says
Haaa....ke ramai pengguna n pemilik kenderaan proton dh x g ke pusat services center proton utk services....masing pergi ke bengkel2 biasa....dn skrg bru nk semak hrga2 spare part....knpa x dr dulu setelah kaun keuntungan gila2....pengguna n pemilik jgk jd mangsa
Azam says
Sy bukan pemilik kereta proton tapi sy baru tahu pula harga servis proton lebih mahal dari perodua.. bila tgk carta servis terkejut beruk general servis bole cecah rm 1k..
Taiko says
Aku lg tekejut sbb aku pakai WISH recon kos servis pun xmcm ni punya mahal.
aishiteru says
Saya pemilik kereta suprima s.. Baru je hantar kereta pergi servis kat proton tadi.
DIa kata disebabkan masalah internet, harga ni tak boleh digunakan lagi..
Fikirkan nak balik kg, taknak ada problem tgh jalan, proceed je..
So, total kena hari ni RM1,503..
Tu pun belas ehsan diskaun sikit kat labour..
Huhuh.. Tak berayalah den..
Kalau macam ni, boleh claim balik kat proton ke? Hahahaha
ABG GYL says
Minta emel kami di [email protected] dan kami akan fowardkan pada pihak pengurusan Proton. Sila berikan sekali num pendaftaran dan tempat servis. TQ
zam says
admin...cuba tgk betul2 untuk servis 60k ...apa yang x sama..mmg la nampak ketara perbezaan harga...cer tgk betul2....
Md Rizal says
Baru sebentar td ..Saya call Proton Service Centre..Bertanyakan mengenai servis Proton Exora 60km..Mau Rm9++ ...Mcm mana pula yg tertera di sini baru Rm 5++.. Chek pening laa
Mohd Azuan Mohd Azlan says
saya pergi proton edar servis setapak dan dealer lain untuk banding harga servis Saga SV CVT l. proton edar servis mmg ada potongan harga. cuma diskaun kat sini (setapak@jalan pahang) tak sebanyak dalam jadual di atas. RM850+/- berbanding harga jadual dealer RM1000+/-.
Junsu says
boleh guna lagi ke rate 60k km tu skrg ni? sbb tadi kol nak tya harga diorang ckp rm900-1k.. mohon pencerahan.. huhu..
NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD _ says
sya bru hantar servis kereta exora cfe..major servis..tak ada pn pihak proton bagitau ada penyelarasan harga sparepart..dia cakap major servis bole mencecah rm1K lebih..tp bole cut cost dulu yg mna x penting..ikut bajet saya..next time servis..buat servis yg tertangguh tu.
PUSAT SERVIS PROTON TAMAN SEJATI KEDAH
Azman says
Saya dh check 3 proton 3s kt JB. Plentong, Larkin, Pasir Gudang utk Suprima S. Harga pengurangan kt jadual tu btol. Tp die x tkr brg yg x penting mcm spark plug,radiator coolant utk 60k major service. Tp camne pn mmg kne major service next time. Harga quotation yg sy dpt larkin rm574(mcm dlm jadual), pasir gudang rm640, plentong rm700 ke bwh. Btol apa yg cik noraida tu ckp. Hrg kt jadual ats tu kire skip major servis. Mohon bantuan. Thanks
mrupai says
Proton menetapkan dan tidak pernah berganjak dari mengenakan harga hampir RM400!!! utk brake pad depan kereta exora bold dan preve cfe . Renungkanlah teknik mengenakan harga mcm ni, apa nak jadi.
Ali says
Harga dalam jadual atas masih valid ke tuan? Sebab saya baru sahaja servis 30k di pusat servis area damansara dan dikenakan caj dalam 600 ringgit.
ABG GYL says
Saya syorkan tuan muat turun aplikasi MyProton. Dekat sana tuan boleh tengok harga secara telus.
Ahk says
Sejak iswara 1977 hingga kini ...masih on the road .. tambah sebiji plk wira guna 2thn no problem tuka waja plk...servis x pernah miss dari mula hingga kini dah 9 tahun kat proton ok jrr keta xde masalah major pun.. ambil sebijik plk preve turbo dh 2 tahun sevis x pernah miss ikut jadual.. kat proton wakil sevis yg sama.. pun alhamdulillah xde major problem. Servis pun bagus....
Azhar b Ahmad says
sekarang nie kedai kedai kat luar pun dah pandai wat servis untuk pesona /saga /exora. dll. , setakat proton .....kacang aje bagi depa
harga pun tak mahal sangat berbanding dekat pusat servis. kalau kualiti servisnya terbaik pengguna tak kisah untuk bayar lebih sikit... tapi budak budak yang dekat pusat servis tu kebanyakan macam tak berapa ada ilmu....benda benda yang sama aje rosak ...kena pergi dua tiga kali bagi mengatasi masalah yang sama ...... pihak pengurusan proton sila ambil maklum....tentang perkara ini ....kadang kadang kita perlu turun padang .......buat temubual bersemuka dengan pengguna dekat pusat servis. barulah dapat tahu apa masalah yang dihadapi....
Haha says
Rasanya tak betul harga ni..masa servis siap bawak lg broucher harga servis..kena gelak je dgn kerani ckp ni harga xbetul..nak tak nak kena ikut je la..kalau x ikut warranty habis deme kata..