• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-AMG G63 2025 Facelift Kini di Pasaran Malaysia, Harga RM1.9j

Mercedes-AMG G63 2025 Facelift Kini di Pasaran Malaysia, Harga RM1.9j

November 5, 2024 By Syafie Leave a Comment

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Mercedes-AMG G63 versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,948,888.

Berikut perincian siri G Wagen terbaharu ini:

Trenkuasa

  • Dikuasakan enjin AMG 4.0 L V8 dwi-turbo berkapasiti 3,982cc yang mampu menghasilkan output kuasa 585hp @ 6,000rpm dan 850Nm @ 2,500-3,500rpm.
  • Mempunyai kombinasi teknologi hibrid ringkas 48V dan generator penghidup bersepadu (ISG) yang mampu menghasilkan output kuasa tambahan 20hp dan tork 200Nm pada masa singkat.
  • Kelajuan 0-100kmj hanya mengambil masa 4.4 saat.
  • Kelajuan maksimum 220kmj, manakala pakej tambahan seperti AMG Performance Package mampu meningkatkan kelajuan kepada 240kmj.
  • Menggunakan kotak gear automatik AMG Speedshift TCT 9G 9-kelajuan dengan sistem pacuan empat roda (4WD).

Luaran

  • Dimensi panjang 4,817mm, tinggi 1,969mm tinggi, dan lebar 2,187mm, manakala jarak roda 2,890mm.
  • Lampu LED penuh pada lampu utama, lampu belakang, dan nyalaan siang (DRL).
  • Rim aloi 22 inci dengan tayar depan dan belakang Eagle F1 295/40.
  • Lampu signal pada cermin sisi dan timbul selari bonet.

  • Gril depan rekaan khas AMG, iaitu gril Panamericana.
  • Gril bambar depan bentuk honeycomb dengan kemasan hitam.
  • Kamera depan diletakkan bawah nombor pendaftaran, manakala kamera belakang diletakkan atas nombor pendaftaran.

  • Bahagian sisi dilengkapi rekabentuk khas AMG, iaitu garisan memanjang dari depan hingga belakang.
  • Bahagian sisi turut ada gabungan kemasan perak dan hitam.
  • Muncung ekzos keluar pada bahagian sisi badan kiri dan kanan.

Dalaman

  • Unit infotainmen 12.3 inci dengan sistem multimedia MBUX berserta konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.
  • Menggunakan Sistem Audio Burmester 3D dengan 15 pembesar suara.
  • Kerusi boleh laras (elektrik) dari kepala hingga kaki dilengkapi sistem memori.
  • Skrin monitor untuk penumpang kembar 11.6 inci.
  • Menggunakan material kulit nappa.

  • Stereng dengan butang AMG pelbagai kawalan dengan kemasan gentian karbon.
  • Sistem tekan-mula tanpa kunci.
  • Pengecas wayarles di depan, dan dua port USB di belakang
  • Mempunyai lampu ambien, dan bumbung suria.

Ciri Keselamatan

  • Bantuan Parkir PARKTRONIC
  • Bantuan Parkir Aktif (APA) dengan PARKTRONIC
  • Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA)
  • Sistem PRE-SAFE dengan jaringan sensor untuk mengesan risiko kemalangan.
  • GUARD 360° Vehicle protection Plus
  • Sistem pemantau dalaman
  • Bantuan Titik Buta (BSA)
  • Bantuan Jarak Aktif (ADA)  DISTRONIC
  • Bantuan Stereng Aktif (ASA)
  • Fungsi amaran keluar
  • Bonet transparen
  • Kamera pandang keliling 360°
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHA) Plus
mercedes-amg-g-63-2
mercedes-amg-g-63-1
mercedes-amg-g-63-3
mercedes-amg-g-63-4
mercedes-amg-g-63-5
mercedes-amg-g-63-6
mercedes-amg-g-63-7
mercedes-amg-g-63-11
mercedes-amg-g-63-13
mercedes-amg-g-63-10
mercedes-amg-g-63-9
mercedes-amg-g-63-8
mercedes-amg-g-63-15
mercedes-amg-g-63-17
mercedes-amg-g-63-14
mercedes-amg-g-63-16
mercedes-amg-g-63-36
mercedes-amg-g-63-29
mercedes-amg-g-63-27
mercedes-amg-g-63-25
mercedes-amg-g-63-26
mercedes-amg-g-63-23
mercedes-amg-g-63-19
mercedes-amg-g-63-24
mercedes-amg-g-63-20
mercedes-amg-g-63-18
mercedes-amg-g-63-21
mercedes-amg-g-63-22
mercedes-amg-g-63-28
mercedes-amg-g-63-30
mercedes-amg-g-63-31
mercedes-amg-g-63-32
mercedes-amg-g-63-33
mercedes-amg-g-63-34
mercedes-amg-g-63-35

Related

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AMG, AMG Line, Auto Terkini, Facelift, G-Wagen, Mercedes-AMG G 63, Mercedes-Benz G-Class, Mercedes-Benz Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev