• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cubaan Wanita Seludup 486kg Beras dari Thailand dengan Myvi Gagal

Cubaan Wanita Seludup 486kg Beras dari Thailand dengan Myvi Gagal

November 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki cuba menyeludup masuk sejumlah bungkusan beras dipercayai dari Thailand dalam Op Taring Wawasan Kelantan baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi, suspek berumur 46 tahun itu ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara kira-kira jam 1.45 petang di Kampung Siram Jeram Perdah, Kelantan.

Pemeriksaan membawa kepada penemuan beberapa bungkusan beras anggaran berat 486kg di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi tanpa dokumen sah. Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras ke pasaran tempatan.

Anggaran nilai rampasan adalah seperti berikut:

  • Kereta: RM10,000
  • Beras: RM1,944

Kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, guna myvi seludup beras, Op Taring Wawasan Kelantan, Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my