• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Perodua Myvi XT (2014)

PREVIU: Perodua Myvi XT (2014)

April 14, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

EMY_2637

SETELAH hampir sembilan tahun berada di pasaran tempatan bermula dari 2005 hingga kini, Perodua Myvi sudah mencatatkan jualan sebanyak 750,000 unit.

Tambah gempak, Perodua Myvi berjaya memegang status model paling laris selama lapan tahun berturut-turut.

Tidak berhenti setakat itu, Perodua terus mengorak langkah agresif menerusi pelancaran varian Perodua Myvi XT yang hadir dengan beberapa penambahan aksesori tanpa sebarang kenaikan harga.

MYVI_3_4_FRONT_LEFT_GREENMYVI_1_4_BACK_RIGHT_Green MYVI_100%Side_Green

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 1,600 unit sebulan yang disasarkan pada pengguna Gen-Y.

" Serentak dengan pelancaran varian ini, Perodua juga meneruskan skim What's Up! Graduate yang menawarkan pelbagai keistimewaan terutamanya bagi penuntut universiti dan graduan yang baru menamatkan pengajian.

" Menerusi skim ini, Perodua menawarkan baucar Perodua dan minyak yang masing-masing bernilai RM500 serta polisi insurans kemalangan peribadi bernilai RM20,000 secara percuma selama setahun bagi mereka yang layak membeli sebelum 31 Disember ini.

" Buat masa ini, tempoh menunggu adalah sekitar dua hingga empat minggu bergantung pada warna yang dipilih," katanya.

Interior_Audio with USB & Bluetooth_Painted Centre Cluster New Seat Fabric

PENAMBAHBAIKAN
Dikuasakan unit enjin 1.3L dengan pilihan transmisi manual atau automatik, Perodua Myvi XT yang membawa maksud ekstra menerima beberapa tambahan aksesori yang bernilai RM1,600.

Antara penambahbaikan diterima adalah rim aloi bersaiz 14 inci, kerusi fabrik baharu, gril krom, konsol tengah berwarna perak dan sistem audio dengan sambungan Bluetooth serta USB.

Extreme_Multimedia System_Red Illumination

Selain Myvi XT, Perodua turut memberi nilai tambah pada varian 1.5 Extreme dengan penambahan aksesori benilai RM1,000.

Antara penambahan diterima merangkumi filem keselamatan, pelapik lantai PVC, pelindung tempat duduk kulit baharu dan sistem multimedia dengan iluminasi lampu warna merah. Walau bagaimana, ia hanya hadir bersama enjin transmisi automatik sahaja.

MYVI_IVORY WHITE_s MYVI_PURPLE_s MYVI_RED_s MYVI_SILVER_s

Dijual pada harga atas jalan bermula RM41,936 seunit, Myvi XT ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik; putih, perak, merah, ungu dan hijau (warna baharu).

Manakala varian Myvi 1.5 Extreme pula dijual pada harga bermula RM61,240.50. Kesemua model hadir dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km (mana tiba dulu).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Myvi, Myvi 1.3, Myvi 1.5, Myvi 1.5 Extreme, Myvi XT, What's Up! Graduate

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev