• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Sasar Kejuaraan ke-6 dengan S70 R3 untuk Perlumbaan S1K November Ini

Proton Sasar Kejuaraan ke-6 dengan S70 R3 untuk Perlumbaan S1K November Ini

October 29, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SETELAH tiga tahun tidak terlibat dalam perlumbaan Sepang 1000km (S1K), Proton kini bersedia untuk mengejar misi kejuaraan kali ke-6 mereka dengan membawa masuk kereta sedan segmen-C, Proton S70 yang telah diubahsuai oleh pasukan Proton R3.

Proton S70 R3 ini telah menukar enjin asal iaitu enjin 3-silinder sebaris 12-injap 1,477cc DOHC Turbo kepada enjin 4-silinder NA 1.6L (Campro 1.6) kerana berdasarkan undang-undang perlumbaan S1k, kereta dalam kategori MTC perlu menggunakan enjin dengan sesaran maksima 1,600cc tanpa bantuan turbo.

Enjin ini merupakan enjin sama yang digunakan dalam kereta-kereta Proton R3 sebelum ini seperti Satria Neo, Preve, Suprima S, Iriz, dan Saga. Malah enjin ini juga berjaya membantu Proton merangkul lima gelaran juara S1k pada tahun 2012, 2014, 2017, 2018, dan 2019.

Bahagian dalaman kereta ini juga masih mengekalkan identiti Proton R3, dimana ia masih menggunakan paparan intrumen perlumbaan Motec, kerusi bucket Recaro, rollcage, set pedal Box AP Racing, tangki bahan api dengan sistem isian pantas ATL, jek pneumatik, dan lain-lain lagi.

Darisegi luaran pula, Proton mengesahkan bahawa rekabentuk Proton S70 R3 ini akan menggunakan rekaan sama seperti yang telah dipertontonkan ketika pameran Malaysia Autoshow 2024.

Selain kereta itu, terdapat juga dua model lain yang dipamerkan seperti Proton Iriz R3 dan Proton Saga R3 dalam acara sama.

Proton Iriz R3

proton-saga-iris-r3-7
proton-saga-iris-r3-8
proton-saga-iris-r3-9
proton-saga-iris-r3-12
proton-saga-iris-r3-10
proton-saga-iris-r3-11

Proton Saga R3

proton-saga-iris-r3-6
proton-saga-iris-r3-5
proton-saga-iris-r3-4
proton-saga-iris-r3-3
proton-saga-iris-r3-1
proton-saga-iris-r3-14

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Proton R3, Proton S70, Sepang 1000KM (S1K)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev