• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 20 Pemilik Motosikal Gagal Ujian Bunyi Bising Kena Kompaun RM300

20 Pemilik Motosikal Gagal Ujian Bunyi Bising Kena Kompaun RM300

October 30, 2024 By Shawkath Leave a Comment

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERAMAI 20 pemilik motosikal dikenakan kompaun berjumlah RM6,000 selepas gagal dalam ujian bunyi bising yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah.

Jumlah kenderaan dua roda itu adalah sebahagian daripada 23 unit motosikal yang disita dalam satu operasi JAS Kedah dan Polis Kedah baru-baru ini.

Setiap motosikal yang gagal dalam ujian itu dikenakan kompaun RM300 mengikut  Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.

STATUS MOTOSIKAL DISITA

  • 23 motosikal disita dalam operasi JAS Kedah, Polis Kedah
  • 20 gagal lepasi ujian bunyi bising dan dikenakan kompaun
  • Satu motosikal berjaya lulus ujian.
  • Dua lagi motosikal masih belum diuji kerana pemilik didapati gagal hadir.

Tindakan susulan akan diambil ke atas Individu yang gagal. Pemeriksaan semua motosikal itu termasuk ujian bunyi bising dilaksanakan Unit Kenderaan Bermotor JAS Kedah.

Semua pemilik motosikal yang gagal dalam ujian berkenaan diarahkan untuk membuat pembetulan dan menjalani ujian semula.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab menyatakan salah satu punca pencemaran udara terutamanya di kawasan bandar ialah daripada kenderaan bermotor.

Beliau menasihatkan semua pemilik untuk memastikan kenderaan mereka mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan melakukan pemeriksaan berkala dan tidak melakukan ubahsuai yang boleh melanggar peraturan yang ditetapkan.

Related

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, autoterkini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Perang Ekzos Bising, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Polis Kedah, roda2, Sharifah Zakiah Syed Sahab

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my