• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan MG Cyberster Dibuka, Harga Anggaran Bawah RM350k!

Tempahan MG Cyberster Dibuka, Harga Anggaran Bawah RM350k!

October 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

SAIC Motor Malaysia (SAIC Malaysia) sudah membuka tempahan untuk model roadster elektrik penuh (EV) dengan harga anggaran jualan bawah RM350,000 seunit. Laporan tentang MG Cyberster pernah kami siarkan semasa GIIAS 2024.

Keunikan Cyberster selain rekaan sporty ialah bukaan pintu jenis gunting (scissor doors) dan model itu pernah dipertonton semasa pameran Auto Car Expo (ACE) 2024 baru-baru ini. Ini perinciannya:

WARNA

  • Ada empat pilihan warna iaitu Dynamic Red (merah), Camden Grey (kelabu), Inca Yellow (kuning) dan English White (putih).
  • Merah dan kelabu didatangkan dengan kabin merah hitam.
  • Kuning dan putih hadir dengan kabin kelabu.
  • Bumbung kekal warna hitam.

PERINCIAN

  • Hanya satu varian ditawarkan dengan dwi-motor elektrik (pacuan semua roda), berkuasa 496hp (375 kW) dengan tork 725Nm.
  • Pecutan 0-100kmj dalam tempoh 3.2 saat.
  • Pek bateri 77kWh menawarkan jarak pemanduan sehingga 446km setiap cas penuh (kitaran WLTP).
  • Pengecasan standard (AC) 7kW daripada 10 hingga 100 peratus mengambil masa hampir 10.5 jam.
  • Pengecas pantas (DC) 150kW, daripada 10 peratus kepada 80 peratus memerlukan 38 minit.
  • Bumbung jenis soft top yang boleh dibuka atau tutup dengan menekan butang.
  • Tingkap cermin tanpa bingkai dan pintu dibuka dengan menekan butang elektrik.
  • Rim aloi 20 inci.
  • Lampu hadapan LED nyalaan automatik dengan lampu siang (DRL).
  • Tempat duduk sport dibalut material kulit dan Alcantara, stereng balutan Nappa.
  • Meter 10.25 inci untuk pemandu, skrin infotainmen 7 inci serta ada dua skrin tambahan.
  • Sistem audio Bose dengan lapan pembesar suara.
  •  Sistem keselamatan merangkumi ADAS (dipanggil MG Pilot):
    • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
    • Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Basikal dan Pejalan Kaki
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Pengesan Titik Buta (BSD)
    • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
    • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)
    • Bantuan Lampu Tinggi Pintar
MG Cyberster 02
MG Cyberster 13
MG Cyberster 01
MG Cyberster 03
MG Cyberster 04
MG Cyberster 14
MG Cyberster 08
MG Cyberster 12
MG Cyberster 06
MG Cyberster 05
MG Cyberster 09
MG Cyberster 07
MG Cyberster 11
MG Cyberster 10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Car Expo (ACE) 2024, autoterkini, MG Cyberster, Roda4, SAIC Motor Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev