• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cubaan Seludup Keluar Lebih 18k Minyak Masak Peket Gagal Gara-Gara Lori Terbabas

Cubaan Seludup Keluar Lebih 18k Minyak Masak Peket Gagal Gara-Gara Lori Terbabas

October 28, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PASUKAN Gerakan Am (PGA) menemui 18,700 peket minyak masak di dalam sebuah lori jenis Nissan yang ditemui terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Terusan, Rantau Panjang di Kelantan.

Muatan itu dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran. PGA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat rampasan kenderaan dan muatan itu kira-kira jam 4 petang semalam.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya memeriksa sebuah pengkalan ayam haram susulan menerima maklumat ada berlakunya aktiviti penyeludupan minyak masak.

Beliau berkata:

Ketika pasukannya bersama KPDN tiba di lokasi, sebuah lori jenis Nissan ditemukan terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.

"Hasil pemeriksaan mendapati ratusan kotak mengandungi 18,700 peket minyak masak ditemui dalam lori terbabit tanpa dokumen yang sah. Minyak masak itu dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran.

"Anggaran rampasan kenderaan bernilai RM160,000, manakala minyak masak bernilai RM46,750. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961."

Barang rampasan dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok untuk tindakan susulan.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Kawalan Bekalan 1961, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, Kampung Terusan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pasukan Gerakan Am(PGA), Rantau Panjang, seludup minyak masak peket bersubsidi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my