KEMENTERIAN Pengangkutan menyatakan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri 'MADANI' secara rasmi ditutup dan jualan keseluruhan mencapai RM2.6 juta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah kutipan tersebut adalah berdasarkan laporan awal yang diterima.
Hasil setakat ini RM2.6 juta, nanti saya akan keluarkan kenyataan."
Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan NPI Siri MADANI' pada harga minimum RM100.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tawaran itu dibuka menerusi sistem JPJeBid selama lima hari bermula Sabtu hingga Rabu lalu, jam 10 malam.
Keputusan bidaan dikeluarkan semalam dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida perlu didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan rasmi.
SUMBER: BeritaHarian
Leave a Reply