SIAPA sangka kereta yang tersadai di dalam bangsal selama 46 tahun mampu dilelong dengan harga tinggi. Namun, ia tidak mustahil bagi sebuah kereta klasik, Iso Grifo A3/L Spider yang bakal dijual pada harga £765,000 (RM4.3 juta), lapor The Sun UK.
Pemilik asal kereta keluaran 1964 itu merupakan seorang penerbit televisyen, Greg Garrison dan dibeli pada 1973 sebelum ia bertukar milik dengan seorang pengumpul kenderaan terkenal, Rudi Klein.
Iso Grifo A3/L Spider ini dikuasakan enjin V-8 yang mampu menghasilkan output kuasa 300hp dengan kelajuan yang mampu mencapai 171kmj.
Meskipun kereta ini dalam keadaan hampir sempurna, ia tetap memerlukan kerja pembaikan, pembersihan, serta pemulihan kerana keadaan kereta itu yang sangat teruk sehingga dipenuhi karat, debu, dan kotoran.
Jurucakap firma RM Sotheby’s berkata;
Ini adalah masa untuk memulihkan Grifo Spider yang unik ini selepas puluhan tahun bersembunyi.”
Kereta itu bakal dilelong dalam acara lelongan The Junkyard: The Rudi Klein Collection’di Los Angeles menjelang 26 Oktober ini.
SUMBER: Kosmo
Leave a Reply