• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #SembangDeras: Apa Cerita Sebalik Nombor Plat EV JPJePlate?

#SembangDeras: Apa Cerita Sebalik Nombor Plat EV JPJePlate?

October 24, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SATU forum khas diadakan Handal Ceria bersama sekumpulan media permotoran untuk berkongsi maklumat, bertukar pendapat dan memperoleh pencerahan berhubung beberapa isu berbangkit mengenai nombor plat kenderaan elektrik (EV) JPJePlate.

Seperti diketahui, Handal Ceria dipilih sebagai pembekal nombor plat EV khas untuk kegunaan kenderaan EV penuh di Malaysia berikutan pengumuman Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini.

Berikut beberapa perkara dibincangkan dalam forum yang berlangsung di Cyberjaya, pagi tadi sebelum kami dibawa melihat sendiri proses penghasilan plat khas JPJePlate.

SIAPA INGKAR ARAHAN ANTHONY LOKE?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini jelas mengatakan pemilik EV sedia ada HANYA boleh mengemukakan permohonan mendapatkan nombor plat khas EV bermula November 2024 (bulan depan) daripada Handal Ceria.

Beliau menjelaskan permohonan dan penggunaan plat khas EV diberi keutamaan kepada kumpulan pembeli EV baharu berkuat kuasa 9 September lalu. Malangnya, apa berlaku ada pemilik EV sedia ada sudahpun dapat plat khas tersebut sebelum November 2024. Ini menunjukkan ada pihak mengingkari arahan Loke.

Kegagalan mematuhi apa dikatakan Loke turut menyebabkan beberapa pemilik EV sedia ada terkilan dan melihat ada faktor tidak amanah serta ketirisan tadbir urus dalam urusan permohonan nombor plat khas tersebut.

Persoalan sama dituju terus kepada wakil Handal Ceria dan mereka mengakui memang berlaku, tetapi pihaknya sudah mengambil tindakan menghalang perkara itu daripada terus berlaku.

Difahamkan, perkara itu berlaku kerana ada penasihat jualan di wakil pengedar dilantik membantu mengemukakan permohonan untuk pemilik EV sedia ada dengan caj tertentu, termasuk mempromosikan servis tersebut di media sosial.

Menyedari apa sudah berlaku, Handal Ceria mendakwa sudah berulang-kali mengingatkan pihak terlibat supaya tidak meneruskan perbuatan itu, bersabar seketika dan patuh kepada tarikh ditetapkan JPJ dan Kementerian.

Handal Ceria mengakui wujud kelemahan sedemikian dan sedang mengambil langkah menambah baik kawalan permohonan selain meningkatkan kecekapan sistem.

TIADA HARGA SILING PASANG PLAT

Harga ditetapkan Kerajaan untuk JPJePlate ialah RM98 untuk dua plat, termasuk pelekat RFID di cermin depan. Handal Ceria juga mendakwa tidak menerima subsidi untuk plat tersebut. Bagaimanapun, harga itu TIDAK termasuk kos pemasangan pada kenderaan.

Nampak gaya pemilik EV sedia ada yang akan menggunakan JPJePlate akan dikenakan caj pemasangan nombor plat tersebut menerusi pihak pengedar atau kedai aksesori lantikan Handal Ceria.

Handal Ceria selaku pembekal tidak menetapkan apa-apa harga siling untuk upah pemasangan walaupun pihaknya memonopoli pengeluaran nombor plat khas EV di Malaysia. Konsep digunakan mudah saja, iaitu happy buyer, happy seller.

Harga dikenakan secara pasaran terbuka dan tiada tetapan. Buat masa ini, Handal Ceria sudah ada lebih 400 pengedar dan kedai aksesori yang dilantik seluruh negara untuk tujuan tempahan dan pemasangan nombor plat EV.

Pengguna juga TIDAK boleh memasang sendiri nombor plat EV kerana foto setiap kerja pemasangan perlu dimuat naik ke dalam sistem Handal Ceria. Akses kepada sistem itu pula hanya boleh dilakukan pihak pengedar atau kedai aksesori bertauliah.

RFID ADA, TAPI BELUM BOLEH BAYAR TOL?

RFID untuk nombor plat EV bersifat pelbagai kegunaan yang boleh digunakan untuk tujuan penguatkuasaan atau pengesahan ketulenan, dan identifikasi keselamatan.

Bagi kegunaan lain seperti Touch n' Go (TnG) dan lain-lain, asasnya ialah aplikasi tambahan ke atas penggunaan (RFID plat EV) pada masa akan datang.

Handal Ceria menjelaskan, fungsi utama RFID adalah untuk kegunaan pengesahan identifikasi keselamatan kenderaan.  Setakat ini, fungsi RFID adalah pengesahan ketulenan plat selain keperluan urusan pemeriksaan pihak berkuasa.

Buat masa ini, RFID JPJePlate tidak boleh digunakan untuk membuat bayaran tol kerana masih belum disepadu bersama aplikasi e-dompet TnG.

Apabila ditanya mengenai integrasi RFID seperti bayaran tol, wakil Handal Ceria mendakwa ada perbincangan dibuat untuk tujuan berkenaan, tetapi belum dimuktamadkan. Kita tunggu saja.

CERITA NOMBOR PLAT EV 'KONTOT'

Sebelum ini tular foto memaparkan kewujudan nombor plat EV bersaiz pendek yang digunakan pada sebuah kenderaan.

Wakil Handal Ceria menjelaskan, nombor plat EV pendek itu bukan keluaran mereka kerana produk ditawarkan ada ukuran standard ditetapkan.

Malah mereka juga mengakui nombor plat kustom sudah sedia ada di pasaran sejak sekian lama. Bagaimanpun, nombor plat keluaran Handal Ceria ada dua ciri keselamatan utama yang tiada pada nombor plat lain, iaitu:

  • Signatur digital (kod QR) yang dihubungkan dengan sistem JPJ dan memaparkan data tertentu untuk kegunaan pihak berkuasa.
  • Sistem RFID yang mengandungi data.

Dua ciri keselamatan itu mampu membantu pihak berkuasa mengenal pasti status nombor plat berkenaan sama ada tulen (keluaran Handal Ceria) atau pihak lain.

- Shawkath

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah yang Perlu Anda Tahu Tentang Plat EV Malaysia?
BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Patut Sokong Plat Khas EV JPJePlate?
BACA >>> JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa EV Mula Hari Ini, Kecuali EV1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV) Tagged With: Handal Ceria, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJePlate, Kementerian Pengangkutan (MOT), nombor plat EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev