• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Kekal Juara Kategori Sedan dalam Pasaran Malaysia

Proton Kekal Juara Kategori Sedan dalam Pasaran Malaysia

October 22, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON kekal sebagai jenama terlaris bagi jualan sedan dalam pasaran Malaysia walaupun menerima saingan jenama lain.

Setakat ini, 3.85 juta unit sedan Proton dijual dalam negara, termasuk dieksport ke luar negara dan ada digunakan sebagai kereta peronda polis di Humberside County, Britain.

Berikut model sedan dikeluarkan Proton:

  • Proton Saga
  • Proton Wira
  • Proton Waja
  • Proton Persona
  • Proton Preve
  • Proton S70

Proton S70 yang dilancarkan November tahun lalu kini menjadi pilihan utama dalam kategori sedan segmen-C dalam jangka masa singkat dengan jumlah jualan tahun ke tahun mencecah 14,877 unit setakat September 2024.

Malah, jualan keseluruhan model ini juga mengatasi pesaing lain dalam kategori sama dengan purata 1,640 unit terjual setiap bulan sejak Januari tahun ini.

Antara tiga negeri mencatatkan jualan tertinggi, iaitu Selangor, Johor, dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, Proton Saga menjasi penyumbang terbesar dalam jumlah keseluruhan jualan sedan Proton dengan jualan lebih 2 juta unit sejak dilancarkan pada 9 Julai 1985 hingga September lalu.

Seiring perubahan zaman, semua model turut memperkenalkan peningkatan keselamatan yang relevan, seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), beg udara, tali keledar prategang, dan casis  badan daripada teknik 'hot-press form'.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata;

Di Proton, kami sangat berbangga dengan hubungan erat dengan keluarga Malaysia, yang bermula sejak 1980-an.

"Sedan kami, dari Saga yang ikonik hingga S70 yang inovatif, bukan saja berfungsi sebagai kereta pertama boleh diharap, tetapi juga menjadi warisan keluarga yang dihargai, dan mencipta kenangan abadi merentasi generasi.

"Dengan lebih 3.85 juta unit dijual, kami terus komited memberikan kualiti, keselamatan, dan inovasi, serta memastikan setiap kenderaan mencerminkan dedikasi kami terhadap keperluan pelanggan yang semakin berkembang."

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kereta Sedan, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Proton, Proton S70, Proton Saga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev