• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengguna MyDebit di LDP, KESAS, SPRINT dan SMART Capai SEJUTA Transaksi untuk Sumbangan Pertama Kempen Sentuhan Ikhlas

Pengguna MyDebit di LDP, KESAS, SPRINT dan SMART Capai SEJUTA Transaksi untuk Sumbangan Pertama Kempen Sentuhan Ikhlas

November 11, 2024 By Han Othman Leave a Comment

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA MyDebit di Lebuhraya LDP, KESAS, SPRINT dan SMART mencapai sasaran satu juta pertama untuk kempen Sentuhan Ikhlas yang mana 200 keluarga memerlukan berjaya dibantu dengan sumbangan bernilai RM100,000 setakat ini.

APAKAH SENTUHAN IKHLAS?

Sentuhan Ikhlas ialah kempen menggalakkan penggunaan MyDebit untuk pembayaran tol yang mana pengguna dapat menikmati kemudahan tol yang pantas tanpa perlu menambah nilai atau bimbang baki tidak mencukupi sambil memberikan impak kepada golongan kurang berkemampuan.

 

Di bawah program ini, setiap transaksi MyDebit daripada 152 lorong tol di lebuh raya berkenaan akan menyumbang kepada pencapaian tiga sasaran sumbangan, iaitu:

  • RM100,000 selepas satu juta transaksi (sudah dicapai)
  • RM150,000 selepas 2.5 juta transaksi dicapai
  • RM250,000 selepas lima juta transaksi

BAGAIMANA DANA BANTUAN DIAGIHKAN?

Dana bantuan ini akan diagihkan Yayasan MyKasih  secara berperingkat mengikut pencapaian fasa-fasa di atas kepada 1,000 keluarga B40 di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri seperti Johor, Kedah dan Melaka.

Setiap keluarga yang dibantu  akan menerima RM100 sebulan selama lima bulan (berjumlah RM500 setiap keluarga) melalui sistem pengagihan kebajikan Yayasan MyKasih yang dimasukkan automatik ke dalam MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di mana-mana kedai runcit berdaftar dengan yayasan.

Inisiatif kerjasama antara Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ini diharapkan memberikan inspirasi kepada lebih ramai pengguna untuk bersama menyertai Kempen Sentuhan Ikhlas.

Sesi membeli-belah barangan keperluan bersama 200 keluarga terpilih dari Gombak dan Lembah Pantai.

Segala perkembangan terkini kempen ini boleh layari laman web Sentuhan Ikhlas yang turut memaparkan kemas kini jumlah kutipan terkini.

Kempen Sentuhan Ikhlas adalah cetusan inspirasi terbaik kepada kita yang menunjukkan betapa tindakan kecil juga sebenarnya mampu memberikan impak besar kepada semua. Diharapkan lebih ramai pengguna lebuh raya akan turut menyertai inisiatif mulia ini untuk mencapai sasaran kedua.

Berapakah pula sasaran kedua?

Sentuhan Ikhlas menyasarkan 2.5 juta transaksi untuk membantu 300 keluarga lagi dengan sumbangan tambahan bernilai RM150,000. Jom tukar & guna MyDebit untuk bersama mencapai sasaran kedua ini!

Related

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR), Auto Terkini, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Sentuhan Ikhlas, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Sumbangan ALR dan PayNet, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev