• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2024: Insiden 'Slip 'N Slide' Tidak Halang Marquez Muncul Juara GP Australia

#MotoGP2024: Insiden 'Slip 'N Slide' Tidak Halang Marquez Muncul Juara GP Australia

October 21, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN menghadapi masalah Slip N' Slide pada awal perlumbaan, masalah itu tidak menghalang juara enam kali MotoGP, Marc Marquez meraih kemenangan ketiga dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2024 apabila muncul juara di GP Australia yang berlangsung di Litar Philip Island, semalam.

Marquez awalnya berpeluang menjadi pendahulu perlumbaan, tetapi terjejas akibat kehadiran plastik dibuang dalam trek yang tersangkut pada tayar belakang jentera.

Insiden itu menyebabkan tayar belakang jentera Marquez hilang kawalan dan nyaris terbabas ketika semua pelumba sedang berlepas dari garisan permulaan. Mujurlah pelumba Sepanyol itu masih mampu mengawal jenteranya dan terpaksa akur menjadi pelumba ke-13 pada awal perlumbaan.

HUGE wheelspin for for Marc Marquez off the line 😱😱😱

📺 Watch the #AustralianGP on channel 506 via @kayosports https://t.co/AwHlb9dt5r
📲 RACE CENTRE https://t.co/CCdaBta3ne#MotoGP pic.twitter.com/72W9NJSGre

— Fox Motorsport (@Fox_Motorsport) October 20, 2024

Pelumba Gresini Racing itu membuktikan pengalaman dan semangat kental tidak menghalang beliau memintas barisan pelumba lain hingga berada pada posisi ketiga pada enam pusingan awal.

Perlumbaan kemudian menjadi semakin sengit pada pusingan ke-12 apabila Marquez bersaing bersama dua calon juara musim ini, iaitu pelumba sensasi, Francesco Bagnaia dan pendahulu ranking setakat ini, Jorge Martin.

Bagnaia berjaya menjadi pendahulu perlumbaan pada pusingan itu, tetapi dipintas Martin dan Marquez sehingga pelumba Itali itu jauh ketinggalan selepas beberapa pusingan berikut.

Tiga pusingan terakhir menyaksi persaingan klimaks yang menyaksikan Marquez dan Martin saling memintas satu sama lain hingga aksi konsisten Marquez dalam mengekalkan momentum meletakkan beliau sebagai juara GP Australia.

Berikut kedudukan tiga teratas ranking MotoGP 2024 setakat ini:

  • Jorge Martin (Prima Pramac Racing): 424 mata
  • Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team): 404 mata
  • Marc Marquez (Gresini Racing MotoGP): 345 mata

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2024 MotoGP, Auto Terkini, Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia, GP Australia, Gresini Racing MotoGP, jorge martin, Marc Marquez, Prima Pramac Racing (Ducati), sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev