PELUMBA pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing, Mohd Zaqhwan Zaidi bimbang kehadiran Yukio Kagayama sebagai wildcard bakal menggugat kedudukan podium.
Kehadiran pelumba wildcard itu dijangka bakal menyukarkan lagi peluang Zaqhwan untuk merapatkan jurang pendahulu keseluruhan dalam saingan SuperSports 600cc pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun, 2 hingga 4 Jun ini.
Zaqhwan yang kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan hanya mampu mengumpul 54 mata setelah aksi kurang memberangsangkan sewaktu pusingan kedua di Thailand ekoran kecederaan. Ia kini ketinggalan 29 mata kepada rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing).
" Pelumba wildcard tempatan selalu mempamer aksi cemerlang di Litar Suzuka. Begitu juga pelumba musim penuh ARRC. Tahun ini perlumbaan turut disertai pelumba berpengalaman, Kagayama.
" Saya banyak kehilangan mata sewaktu pusingan kedua di Thailand. Jadi penting untuk saya mengutip mata maksimum dan merangka strategi yang betul di Suzuka ini.
Kalau Azlan terus melebarkan jurang mata, peluang untuk mengejar mata pada pusingan akan datang menjadi semakin sukar," jelas Zaqhwan.
Buat Zaqhwan, selamat maju jaya!
Leave a Reply