• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelatih Audi Bunuh Diri Tidak Tahan Dibuli, Pernah Dibakar dan Dikurung

Pelatih Audi Bunuh Diri Tidak Tahan Dibuli, Pernah Dibakar dan Dikurung

May 31, 2017 By Han Othman Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pelatih Audi berusia 18 tahun di Britain mengambil keputusan nekad mengambil nyawa sendiri selepas tidak tahan dibuli rakan sekerjanya. Dia dikatakan dikurung dalam sangkar, manakala pakaiannya dibakar.

George Cheese disahkan membunuh diri pada 9 April lalu, kira-kira enam bulan selepas mula bekerja di Audi dan pernah mendakwa beberapa rakan sekerja menguncinya dalam sangkar dan disimbah cecair mudah terbakar sebelum dibakar.

Dalam satu inkues siasatan dilakukan di Reading, ibu mangsa, Purdy Cheese berkata, keadaan kesihatan mental George yang merosot teruk beberapa bulan kebelakangan lalu mendorong dia membunuh diri. Tambahan lagi anaknya itu turut dibuli secara lisan oleh rakan sekerja. Malah bos mangsa sendiri pernah berkata, "Oh, kau masih hidup lagi selepas semua ni?" apabila dia datang bekerja suatu pagi, lapor The Telegraph.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi

Sepanjang bekerja sebagai mekanik Audi, Cheese sedang dalam rawatan perubatan dan pernah mengambil dadah berlebihan. Menurut ibunya lagi, anaknya itu juga kerap menerima mesej seperti; "Ambillah pil gembira George, kau memang perlukannya."

Bercakap dalam inkues, rakan sekerja Audi mengakui Cheese pernah dibakar.

“Saya ada di bengkel apabila gurauan ke atas Cheese dibuat, dan dia dibakar. Tetapi tidak melampau. Kami tahu di mana batasnya. Ia bukan membuli," katanya.


Bergurau ada hadnya. Mungkin bagi kita perkara itu menyeronokkan, tetapi tidak bagi mangsa yang dianiaya. Orang yang hebat sama sekali tidak akan membuli mereka yang lemah. Berpada-padalah.

SUMBER: Car Scoops

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, maut dibuli, pelatih Audi bunuh diri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev