• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Lima Motosikal Terjual Setiap Minit di Vietnam!

#TahukahAnda: Lima Motosikal Terjual Setiap Minit di Vietnam!

October 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SECARA purata, rakyat Vietnam membeli lima unit motosikal baharu setiap minit berdasarkan statistik jualan kenderaan dua roda didedahkan Persatuan Pengeluar Motosikal Vietnam (VAMM).

Laporan itu menyatakan Vietnam mencatat jualan 686,001 unit kenderaan untuk suku ketiga 2024, meningkat 13.74 peratus berbanding prestasi suku kedua. Rekod jualan suku ketiga tahun ini pula 12.34 peratus, lebih tinggi berbanding tempoh sebelumnya.

VAMM mendakwa jumlah jualan itu hanya melibatkan lima pengeluar dalam persatuan berkenaan, iaitu Honda Vietnam, Piaggio Vietnam, Vietnam Suzuki, SYM Vietnam dan Yamaha Motor Vietnam. Statistik itu juga buka jumlah pengeluaran dan tidak termasuk jualan eksport.

INDUSTRI MOTOSIKAL VIETNAM SEMAKIN PULIH

Kuasa membeli motosikal di Vietnam menunjukkan pemulihan dan berikut ialah jumlah jualan yang direkodkan untuk setiap suku (tiga bulan) dan data lain:

Jualan Ikut Suku Tahunan

  • Suku pertama: 603,745 unit
  • Suku kedua: 603,127 unit
  • Suku ketiga: 686,001unit (purata 7,465 unit sehari)
  • Suku keempat 2023: 681,963 unit (paling tinggi sepanjang tahun lalu)
  • Jumlah jualan awal tahun sehingga kini (lima anggota VAMM): lebih 1.89 juta unit atau purata 6,908 unit sehari

Prestasi Negara Jiran Asean

Persekutuan Automotif Asean (AAF) juga ada berkongsi prestasi jualan motosikal untuk tujuh bulan pertama tahun ini seperti berikut:

  • Indonesia: Hampir 3.8 juta
  • Thailand: Lebih 1 juta unit
  • Filipina: Lebih 960,000 unit

SUMBER: ZingNews.vn

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, jualan motosikal vietnam, Persatuan Pengeluar Motosikal Vietnam, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev