• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAHB Capai 36.1 juta Pergerakan Penumpang pada Suku Ketiga 2024

MAHB Capai 36.1 juta Pergerakan Penumpang pada Suku Ketiga 2024

October 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA Airport Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 36.1 juta pergerakan penumpang pada suku ketiga 2024 dengan peningkatan sebanyak 10.6 peratus berbanding 32.6 juta yang telah dicapai pada suku sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan MAHB berkata, prestasi ini menghampiri paras pra-pandemik yang mencecah 97.7 peratus daripada trafik penumpang yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2019.

"Jumlah penumpang antarabangsa telah melepasi paras suku ketiga 2019 sebanyak 7.4 peratus, dengan 18.9 juta penumpang."

"Sebaliknya, sektor domestik mengalami pertumbuhan lebih sederhana, mencatatkan 17.2 juta penumpang dan mencapai 88.9 peratus daripada paras yang disaksikan pada 2019."

Berikut antara faktor yang menyumbang kepada prestasi baik ini:

  • Pergerakan penumpang antarabangsa
  • Pengenalan laluan baru oleh syarikat penerbangan
  • Pengecualian visa untuk pelancong dari India dan China
  • Kenaikan stabil dalam permintaan perjalanan udara.

Rangkaian lapangan terbang tempatan juga menunjukkan prestasi memberansangkan pada suku ketiga 2024, sekaligus melepasi empat juta pergerakan penumpang antarabangsa pada setiap bulan secara konsisten.

Secara keseluruhan, angka trafik penumpang di lapangan terbang di Malaysia mencapai 24.8 juta pada tempoh sama dengan mewakili 92.3 peratus daripada paras yang dicerminkan pada 2019.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB), Pergerakan Penumpang Antarabangsa, Pergerakan Penumpang Tempatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev