• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / IWK Baiki Paip Bocor Punca Lubang Benam Taman Sri Nibong

IWK Baiki Paip Bocor Punca Lubang Benam Taman Sri Nibong

October 17, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


INDAH Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengambil tindakan segera membaiki paip bocor yang menjadi punca berlaku lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak, Georgetown, Pulau Pinang, Rabu lalu.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, tindakan itu dibuat dengan menggerakkan pasukan pembaikan berkoordinasi dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

indah-water-konsortium-logo
Logo JKR

Kerja pembaikan berkemungkinan mengambil masa empat hingga tujuh hari dengan melaksanakan penutupan jalan, memasang pengadang keselamatan, dan mengalihkan lalu lintas bagi memastikan keselamatan orang awam.

Sehingga malam tadi (Rabu), kontraktor kami sudah memulakan kerja-kerja pembaikan."

“IWK kekal komited memastikan operasi sistem pembetungan di kawasan berkenaan berjalan dengan selamat dan efisien serta berusaha menjaga kesihatan awam dan persekitaran.”

Zairil berkata, IWK masih lagi melakukan penyiasatan mengenai punca kejadian yang berkemungkinan disebabkan hujan lebat dan pergerakan pada paip bawah tanah.

Sepanjang tempoh pembaikan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alteratif kerana akses ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup sementara.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Jabatan Kerja Raya (JKR), lubang besar, Sinkhole

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev