• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perlu Peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk Perkasa Latihan Kemahiran EV

Perlu Peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk Perkasa Latihan Kemahiran EV

October 17, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) berharap Belanjawan 2025 kali ini dapat memberi peruntukan pembiayaan latihan kemahiran kenderaan elektrik (EV) bagi menarik minat dan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor automotif, terutama teknologi EV.

Pengarah Automotive Development Centre (ADC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Dr Mohd Azman Abas berkata, walaupun latihan kemahiran EV sudah dilaksanakan, tetapi masih perlu diperkasa bagi meningkatkan tahap kemahiran supaya selari kepesatan teknologi EV di Malaysia.

Berikut antara penambahbaikan boleh dibuat melalui peruntukan tersebut:

  • Menambah baik program latihan untuk pelatih meningkatkan kemahiran teknikal.
  • Menambah peralatan dan kemudahan yang sesuai bagi menyokong latihan EV secara komprehensif.
  • Menyediakan lebih banyak sumber untuk menaik taraf alat dan kemudahan bagi mengukuhkan pengalaman dan kemahiran praktikal.

Pembangunan infrastruktur seperti stesen pengecas EV juga penting dalam membina pekerja mahir dari segi pemasangan, penyelenggaraan, dan pengurusan infrastruktur tersebut selain menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan warga tempatan.

Ini juga penting bagi mengukuhkan aspek keselamatan dalam program latihan kerana EV beroperasi pada sistem voltan tinggi."

"Sokongan Kerajaan dalam meningkatkan langkah keselamatan dalam latihan akan membantu mewujudkan tenaga kerja yang bukan saja mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga mematuhi piawaian keselamatan tertinggi."

Justeru penambahbaikan tersebut dapat memastikan industri dapat memenuhi permintaan sektor EV yang semakin berkembang dalam negara.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Automotive Development Centre (ADC), Belanjawan 2025, Dr Mohd Azman Abas, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kenderaan Elektrik (EV), Latihan Kemahiran EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev