TOYOTA begitu tegar membangunkan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) yang dikuasakan bahan api hidrogen.
Selain Toyota, ada lagi pengeluar lain seperti Honda, Hyundai dan BMW. Renault Group juga sudah meletakkan kaki dalam bidang hidrogen dan contoh boleh dilihat pada model konsep Alpine Alpenglow yang ditayangkan pada 2022.
Penerokaan Alpine tidak terhenti, enjin prototaip pertama iaitu 2.0L turbo berkuasa 340hp diganti baharu, iaitu Alpenglow Hy6 dengan enjin 3.5L V6 turbo kembar yang dibangunkan sepenuhnya Alpine untuk pembakaran hidrogen optimum.
Trenkuasa ini menghasilkan kuasa 544kW (740hp) atau lebih 150kW per liter (210hp per liter). Dunia bahan api hidrogen terbahagi kepada dua jenis janaan utama, iaitu:
- Sel bahan api (FC) yang menghasilkan tenaga elektrik bagi menguasakan motor elektrik.
- Enjin pembakaran dalaman dikuasakan terus hidrogen.
Alpine memilih teknologi kedua atas beberapa faktor seperti fiil yang sama seperti enjin, kuasa, kecekapan bawah bebanan berat dan keperluan untuk penyejukan lebih sedikit.
Alpine Racing mempunyai hasrat menghantar penyertaan kereta kuasa hidrogen dalam kejuaraan enduran Le Mans 24 Hours pada tahun mendatang.
Casis dan Trenkuasa
- Direka sebagai jentera lumba sebenar berasaskan casis karbon LMP3 dengan kuasa dua kali ganda lebih tinggi daripada enjin 4 silinder prototaip pertama.
- Dijana enjin 3.5L V6 yang dibangunkan khas Alpine di Viry-Châtillon, Perancis untuk menggunakan hidrogen yang mengambil masa pembangunan dua tahun dengan Oreca dilantik sebagai rakan teknikal.
- Ada dua pengecas turbo, blok enjin aluminium solid, takungan kering.
- Enjin 'super square' dengan lejang 95mm dan gerek 82.3mm.
- Kotak gear jenis sekuensial daripada Xtrac dalam pacuan roda belakang (RWD).
- Ekzos dari Inconel.
- Output kuasa 740hp @ 7,600rpm, dan tork 770Nm @ 5,000rpm dengan rev maksimum 9,000rpm.
- Kelajuan maksimum lebih 330kmj.
- Ada tiga tangki simpanan hidrogen dalam bentuk gas (2.1kg setiap satu) bawah tekanan tinggi 700 bar.
- Tangki ditempatkan pada pod sisi dan belakang kokpit dalam ruang yang mempunyai pengudaraan serta terasing dari bahagian penumpang.
- Pengawal tekanan mengurangkan tekanan daripada 700 bar kepada 200 bar sebelum diturunkan kepada tekanan diperlukan untuk suntikan terus ke dalam kebuk pembakaran.
- Pelbagai langkah diambil bagi memastikan keselamatan seperti silinder komposit 700 bar yang diperakui Peraturan 134 (piawaian keselamatan kenderaan hidrogen Eropah), sensor pengesanan hidrogen dan sebagainya.
Dimensi
- Panjang 5,200, lebar 2,100mm, dan tinggi 1,140mm
Luaran
- Diubah daripada prototaip pertama dengan menjalani pelbagai perubahan dan penambahbaikan teknikal.
- Badan gentian karbon dan warna Specular Blue (biru).
- Pintu bentuk elytra direka untuk memudahkan akses masuk kabin. Pemandu dan penumpang hanya perlu 'slide' atas pod sisi.
- Enjin boleh dilihat dari luar dengan lapisan efek biru.
- Bentuk cermin ala Alpine A110 yang dilengkapi dua saluran NACA dan menyalurkan udara kepada penyejuk minyak kotak gear.
- Intercooler ambilan udara menonjolkan logo Hy6, ala kepala silinder jentera lumba klasik.
- Ambilan udara baharu untuk penyejukan enjin baharu lebih besar dengan tiga saluran untuk pengudaraan dan keselamatan sekeliling enjin hidrogen.
- Ciri aerodinamik dipertingkat bagi menampung kuasa enjin lebih tinggi.
- Bahagian belakang baharu dengan sayap lebih agresif dan kekal dibuat daripada bahan lut sinar.
- Sirip yu lebih besar dan menonjol.
- Sistem ekzos Inconel yang disepadu dengan lampu belakang bagi mengeluarkan wap air ketika bergerak yang menjadi efek berkabus pada spoiler lutsinar.
- Rim corak sama dipadan tayar Michelin.
Dalaman
- Kerusi buket dengan balutan fabrik baharu dan bertindak balas kepada cahaya dalam warna metalik dan biru.
- Segitiga depan kokpit dikekalkan yang menjadi antara ciri jentera Alpine dan mengingatkan kepada pergunungan (Alpine).
- Turut sebagai isyarat dan arah kepada pemandu dan boleh bertukar warna seperti permainan video. Contohnya tahap lateral G dan kelajuan enjin.
- Palang rongga warna magenta separa tersorok di sebalik papan pemuka.
- Stereng ala jentera lumba Alpine.
- Slot khas untuk pemasangan kamera aksi mini.
Leave a Reply