• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lupakan Motor dan Kereta, Mungkin Sekarang Masanya Anda Beli Jet Honda!

Lupakan Motor dan Kereta, Mungkin Sekarang Masanya Anda Beli Jet Honda!

June 8, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

450
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ERA Perang Dunia Kedua lalu, Jepun memang terkenal dengan kelengkapan armada perang. Mereka membina daripada kapal selam kecil hingga pesawat pejuang. Tidak dilupakan bagaimana tentera Jepun memasuki Semenanjung Tanah Melayu menggunakan basikal melalui Kota Bharu.

Selepas berdekad lama, pengeluar automotif terkenal Jepun, Honda sudah mula memasuki industri penerbangan melalui pengeluaran pesawat peribadi dipanggil HondaJet.

Lebih menarik, Honda Aircraft Company pada 22 Mei lalu mengumumkan penjualan HondaJet di Asia Tenggara. Pengumuman itu dibuat sempena Pameran dan Konvensyen Bisnes Penerbangan Eropah (EBACE) yang berlangsung di Geneva, Switzerland bermula 22 hingga 24 Mei lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Honda Aircraft Company, Michimasa Fujino berkata;

Susulan pengenalan HondaJet di ABACE 2017, dan minat kuat ditunjukkan pelanggan untuk memilikinya, kami akan memulakan penjualan pesawat ini di Asia Tenggara.

"Kami melihat potensi besar HondaJet di Asia Tenggara yang merupakan antara rantau dunia yang mengalami pertumbuhan terpantas."

SYARIKAT THAILAND JADI PENGEDAR

Honda Aircraft Company melantik Thai Aerospace Services (TAS) sebagai pengedar, di mana syarikat tersebut akan menawarkan khidmat jualan, servis dan sokongan kepada pelanggan HondaJet di Thailand, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura dan Vietnam.

TAS ialah syarikat penerbangan ternama Thailand yang berpangkalan di Bangkok dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam industri tersebut.

HondaJet, sama seperti produk Honda lain, dilaporkan begitu laris. Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 15 buah jet sudah diserahkan kepada pelanggan dan angka itu adalah paling tinggi dalam kelas jet ringan.

HondaJet 2017.03
HondaJet 2017.02
HondaJet 2017.03

 

Related

450
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Honda, HondaJet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev