• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stefan Bradl Berlumba Hambar di WSBK Britain, Red Bull Honda Mula Cari Pengganti Hayden

Stefan Bradl Berlumba Hambar di WSBK Britain, Red Bull Honda Mula Cari Pengganti Hayden

June 3, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MINGGU kebelakangan ini agak hambar bagi siri Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) FIM 2017 berikutan pemergian pelumba tersohor, Nicky Hayden akibat kemalangan ketika berbasikal. Namun, perlumbaan WorldSBK tetap diteruskan di litar Donington Park, Britain pada minggu lalu di mana Red Bull Honda World Superbike Team memutuskan hanya menghantar Stefan Bradl secara solo tanpa rakan sepasukan bagi menggantikan mendiang Hayden.

Sebelum perlumbaan bermula, penganjur terlebih dahulu memberikan penghormatan kepada mendiang dengan bertafakur sejenak selama seminit. Pada masa sama, motosikal Honda CBR1000RR Fireblade SP2 bernombor #69 yang menjadi milik mendiang Hayden turut dipamerkan bersama ahli pasukan, peminat, media dan staf penganjur.

Perlumbaan Pusingan Pertama (R1) yang berlangsung pada Sabtu lalu itu adalah antara paling hambar buat Bradl apabila tersingkir pada pusingan ke-16. Nampaknya, Bradl dan pasukannya masih belum dapat mengenal pasti sepenuhnya masalah dihadapi jentera CBR1000RR, juga dipanggil Fireblade SP2 itu.

BACA >>> Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

PRESTASI LEBIH BAIK

Dalam perlumbaan Pusingan Kedua (R2) yang berlangsung Ahad lalu, prestasi Bradl jauh lebih baik berbanding hari pertama. Selepas melakukan pelarasan ke atas casis, keadaan jadi lebih baik walaupun tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

Prestasi Bradl juga tersekat apabila seorang pelumba lain terjatuh di hadapannya yang membuatkan pelumba Jerman itu terpaksa memperlahankan motosikal. Padahnya, kedudukan Bradl merosot daripada ranking 14 kepada 21 kepada 14 sebelum mengakhiri perlumbaan 23 pusingan itu di tempat ke-11.

STEFAN BRADL

Acara WorldSBK seterusnya akan berlangsung di Misano, Itali dalam tempoh tiga minggu akan datang. Sekarang ini, pasukan Red Bull Honda World Superbike sudah pun siap sedia berada di sana. Menariknya, mereka akan menjalani ujian tertutup selama dua hari bersama bakal penunggang baru, Michele Magnoni yang pernah digunakan pasukan itu beberapa tahun lalu.

BACA >>> Selepas Bersara MotoGP, Valentino Rossi Teringin Berlumba 24 Hours of Le Mans

GALERI

Perlumbaan Yang Hambar Buat Stefan Bradl Di WSBK UK 2017.01
Perlumbaan Yang Hambar Buat Stefan Bradl Di WSBK UK 2017.02
Perlumbaan Yang Hambar Buat Stefan Bradl Di WSBK UK 2017.03
Perlumbaan Yang Hambar Buat Stefan Bradl Di WSBK UK 2017.04
Perlumbaan Yang Hambar Buat Stefan Bradl Di WSBK UK 2017.05
Perlumbaan Yang Hambar Buat Stefan Bradl Di WSBK UK 2017.06

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda CBR1000RR Fireblade SP2, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Michele Magnoni, Nicky Hayden, Red Bull Honda World Superbike Team, Stefan Bradl, WorldSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev