• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinAuto: Kingsley KSR Range Rover Classic yang Diperbaharui Lebih Moden, Praktikal

#BikinAuto: Kingsley KSR Range Rover Classic yang Diperbaharui Lebih Moden, Praktikal

October 16, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MEMERHATIKAN kereta lama dibaik pulih memang menyeronokkan. Terasa seperti masa silam dibawa ke masa kini. Antara kereta yang sering dijadikan objek baik pulih di Britain ialah Land Rover Defender.

Bukan sahaja Britain, tetapi serata dunia, termasuk dalam negara kita sendiri. Ini pula projek terbaru syarikat restorasi Kingsley Re-Engineered, iaitu KSR Range Rover Classic.

Projek Range Rover jarang diberitakan, tetapi mempunyai aura tersendiri, iaitu gaya hidup golongan 'old money' (kekayaan warisan).

Kingsley bukan baharu, syarikat ini ditubuhkan pada 2001 yang menumpukan kepada model lama Range Rover dan Land Rover. Syarikat ini berada di Oxfordshire, tenggara England dengan menerima tempahan serata dunia.

Kingsley KSR pertama ini menggunakan warna Brewster Green (hijau gelap) dengan kemasan dalaman dibalut kulit perang, corak tartan Black Watch dan karpet tenunan kotak (boxweave). Mari kita perincikan model ini:

  • Enjin kekal besar daripada Kingsley sendiri, iaitu High Torque 4.6L V8 yang dipadan bersama transmisi automatik 4-kelajuan.
  • Enjin ini menghasilkan output kuasa 270hp dan tork 421Nm @ 3,500rpm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 9.8 saat, manakala kelajuan tertinggi 193kmj.
  • Kingsley juga ada satu lagi enjin V8 ditawarkan, iaitu Chevrolet LS3/LT1 dan transmisi 6-kelajuan.
  • Papan pemuka pada ruang kabin masih mengekalkan butang, jam dan panel kayu dengan beberapa perubahan dibuat seperti suis diperbaharui dan dipindahkan, manakala kluster instrumen asal diganti lebih moden.
  • Penyaman udara yang menjadi kelemahan biasa Range Rover era 90-an diperbaharui dan dimodenkan supaya penumpang kekal selesa dalam pelbagai kondisi cuaca.
  • Papan pemuka dan konsol tengah walaupun direka baharu, tetapi masih lagi mengekalkan ciri lama dengan set multimedia digital supaya nampak moden. Perubahan ini masih boleh dimaafkan kerana mempunyai pelbagai fungsi bermanfaat.
  • Pemegang cawan direka baharu dan satu yang tiada pada Range Rover lama ialah port pengecas USB dan USB Type-C.
  • Satu identiti Range Rover ialah sistem suspensi yang mana KSR menjadi unit pertama menggunakan kit suspensi adaptif TracTive dioptimum daripada Kingsley sendiri.
  • Sistem suspensi ini membolehkan pemandu membuat tetapan melalui butang dari dalam kereta.
  • Kit brek juga lebih baik untuk kuasa membrek optimum.

Kingsley KSR ditawarkan dalam dua gaya badan, 2- atau 4-pintu pada harga bermula £220,000 (RM1,236,770), termasuk cukat barangan (VAT) di Britain.

Kingsley KSR Range Rover Classic.01
Kingsley KSR Range Rover Classic.02
Kingsley KSR Range Rover Classic.03
Kingsley KSR Range Rover Classic.04
Kingsley KSR Range Rover Classic.05
Kingsley KSR Range Rover Classic.06
Kingsley KSR Range Rover Classic.08
Kingsley KSR Range Rover Classic.10
Kingsley KSR Range Rover Classic.12
Kingsley KSR Range Rover Classic.07
Kingsley KSR Range Rover Classic.11
Kingsley KSR Range Rover Classic.09
Kingsley KSR Range Rover Classic.15
Kingsley KSR Range Rover Classic.13
Kingsley KSR Range Rover Classic.20
Kingsley KSR Range Rover Classic.25
Kingsley KSR Range Rover Classic.21
Kingsley KSR Range Rover Classic.14
Kingsley KSR Range Rover Classic.23
Kingsley KSR Range Rover Classic.26
Kingsley KSR Range Rover Classic.33
Kingsley KSR Range Rover Classic.24
Kingsley KSR Range Rover Classic.30
Kingsley KSR Range Rover Classic.34
Kingsley KSR Range Rover Classic.29
Kingsley KSR Range Rover Classic.32
Kingsley KSR Range Rover Classic.28
Kingsley KSR Range Rover Classic.31
Kingsley KSR Range Rover Classic.17
Kingsley KSR Range Rover Classic.16
Kingsley KSR Range Rover Classic.18
Kingsley KSR Range Rover Classic.19
Kingsley KSR Range Rover Classic.27
Kingsley KSR Range Rover Classic.22
Kingsley KSR Range Rover Classic.35

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Auto, Kingsley, Kingsley KSR, Kingsley KSR Range Rover Classic, Range Rover, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • Pusat Servis Proton Akan Didenda RM1k Bagi Setiap Aduan Diterima
    Pusat Servis Proton Akan Didenda RM1k Bagi Setiap Aduan Diterima

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev